Hello Guys,
Jadi hari ini aku nak ceritakan pengalaman aku dengan kawan aku, man man pergi
join KL Photosunday outing bersama Saiful Nang pada 21 julai 2019 tahun lalu.
Kenapa aku baru post pasal ni? Sebab aku busy sangat and tak ada mood nak
blogging. Lagipon, tahun ini adalah tahun last sem aku jadi banyak projek yang
aku kena buat. So, sorry guyssss!!!
Jadi, Siapa
Saiful Nang ni? Bagi sesiapa yang tak kenal siapa Saiful Nang ni, Beliau ni
adalah my role model tentang bidang Fotografi. Dengar tajuk je PHOTOSUNDAY ni,
confirmlah korang tahu ini adalah tentang gambar,kan? Beliau adalah jurugambar
professional. Jadi, jarang-jarang lah dia nak anjurkan kelas fotografi ni
secara percuma!!! Ceritanya, macam mana aku boleh tahu kelas ni wujud adalah
sebab aku follow Instagram Saiful Nang Academy.
Ini adalah
screenshot yang sempat aku snap sewaktu ditayangkan untuk sesiapa yang berminat
nak join.
Masa yang
ditetapkan adalah pada pukul 7 pagi, tapi disebabkan kitaorang gerak lambat
sikit sampai dalam pukul 8 lebih lah jugak. Tempat yang dianjurkan adalah di
Ruang by Think City, Pasar Seni.
Beliau
memberikan taklimat dan diberikan tips fotografi sebelum membuat photohunting
iaitu kami akan dibebaskan disekitar pasar seni dan Chinatown untuk mengambil
gambar sekeliling.
Terdapat 5 tips
yang diajar oleh beliau dalam teknik mengambil gambar ini.
Salah
satu alat komposisi yang paling berkesan dan kurang digunakan untuk jurugambar.
Korang boleh menggunakannya untuk menarik perhatian penonton ke bahagian tertentu
bingkai, sama ada orang itu, atau titik lenyap di latar belakang bingkai.
Seni atau teknik menggunakan permukaan reflektif untuk menangkap imej yang cantik dan unik. Permukaan yang biasa digunakan untuk fotografi reflektif adalah badan air, tingkap, dan cermin. Menggunakan permukaan reflektif adalah cara yang bagus untuk mencipta imej abstrak.
3. Rule Of Thirds
Cara
yang mudah untuk membantu juru gambar meletakkan gambar dengan panduan titik
persilangan yang dikenali sebagai ‘point of interest’ untuk mendapatkan gambar
yang seimbang dan menarik.
‘Framing’
ini adalah pemaparan unsur-unsur visual dalam imej, terutamanya penyusunan
subjek berhubung dengan objek lain. ‘Framing’ dapat membuat imej lebih
menyenangkan secara estetika dan mengekalkan fokus penonton pada objek
berbingkai.
Dalam
fotografi, latar belakang adalah bahagian keseluruhan kejadian. Reka bentuk dan
penggunaan yang betul adalah penting untuk kejayaan fotografi. Reka bentuk cuba
mengurangkan kekacauan dan gangguan untuk mengelakkan menarik mata dari subjek.
Sesiapa yang hadir pada hari itu, akan diberikan beberapa cenderahati iaitu monopod dan sebuah buku mengenai kamera. Kalau korang tengok baju yang aku pakai itu, baju itu adalah salah satu baju khas untuk team Photosunday.
Itu
sahaja untuk Kl Photosunday Outing bersama Saiful Nang. Jadi, Sesiapa yang nak
join Photosunday atau aktiviti yang dianjurkan oleh Saiful Nang ni korang boleh
follow Instagram Saiful Nang Academyatau ikuti perkembangan Saiful Nang di Fb.
Sekian,
Unakenka<3