Hello Guys, Jadi ini adalah trip dimana aku pergi ke event Hari Terbuka Armada sempena sambutan hari ulang tahun TLDM yang ke 85, pada tanggal 20 dan 21 April 2019 di Lumut, Perak. Aku pergi trip bersama geng ‘CHINCAI’. Kali ni, trip ini bukan dengan group Musketeers aku. Trip ini pon aku ajak baru diorang nak gerak!! Kitaorang dah beli tiket bas awal, jadi tak kalut sangat nanti.
So macam mana aku gerak ke sini…Lets Go, meh aku cerita!!!
Jadi,
ini muka semua yang tengah kena sidai dengan bas, LOL!!! Sepatutnya, bas ke
Lumut akan tiba jam 7: 45 tapi, ini nak dekat 8 lebih masih tak nampak bayang.
Ouh kalau ada yang Tanya kami ni dari mana? Kami semua sekarang berada di
Seremban, Negeri Sembilan.
Oklah,
yang paling aku tak tahan boleh pulak si Wawa ni, bawa makanan banyak macam
duduk dalam bas tiga hari dua malam. Katanya, nanti lapar… bukan aku tak bagi
tapi berdasarkan pengalaman aku yang selalu naik bas ulang alik ni… aku berani
jamin yang makanan itu tak kurang satu pon yang akan sentuh nanti sebab sudah
lena. Dan akhirnya, tekaan aku sangatlah betul!
Bila dah naik bas, ini muka apabila semua tak sabar nak sampai ke destinasi!
Ketibaan kitaorang di Lumut dalam pukul 2 lebih jugaklah, ambil masa dalam 7 jam macam tu. Cukup puas untuk kitaorang tidur.
Okay,
Kitaorang nak tidur mana? Rumah aku ada di area Lumut ni, so yaaa aku ni orang
Perak!! Belajar di Seremban sahaja… Malam tu, ada yang lapar cari makan and nasib
baik ada lauk kat umah. Bak kata mak aku, kita sedang bersahurrrr sebab jam waktu
tu dah pukul 3 like that!! So, lepas makan tentulah tak boleh nak tidur kan? Sebab
dah tidur puas dalam bas! Jadi, nak tak nak kena lah tidur jugak…
Esoknya,
Ready to go!!!
Ini
gambar yang aku tangkap disana;
Jadi,
bila kitaorang dah bosan tengok kapal, kitaorang gerak Aeon Manjung dan tengok
wayang. Kenapalah aku boleh pilih cerita hantu yang tak best?! Rating cerita ni
aku bagi 5/10 sebab tak logik. Tapi best sebab kelakar lah jugak…
Just
that, itu sahaja cerita aku dengan team CHINCAI ke Hari Navy ni. So, Jangan lupa untuk stay tune for any tips and apa-apa pengalaman yang patut aku share dekat sini!!
XOXO,
Unakenka <3