7 Tips Merancang Percutian Bajet
Bila melihat seseorang yang asyik nak mengembara. Aku menjadi kagum melihatnya. Ini adalah impian aku sejak kecil lagi. Aku ingin menjadi seorang traveller. Walaupun duit aku tak mencukupi, tetapi aku yakin duit tak boleh menghalang untuk aku terus mengembara. Aku juga sebagai seorang pelajar. Setiap perbelanjaan aku untuk sebulan hanyalah RM100 sahaja. Korang percaya tak, dengan hanya membawa RM50 sahaja korang boleh pergi ke mana sahaja.
Menaiki pengangkutan awam bukan sahaja kita sudah berjimat tetapi mampu mengenal sekitar jalan dengan lebih mudah. Melancong bagi aku ini adalah sesuatu perkara untuk merelease tention. Al maklumlah, sebagai seorang pelajar mestilah akan ada masalah dengan lecture lagi, masalah bercinta, masalah kawan dan macam-macam lagilah dan itu adalah perkara biasa yang perlu dialami bila kau seorang remaja dan juga pelajar. Di sini aku menyediakan cara bagaimana aku bajet dalam perbelanjaan apabila travel.
1. Tetapkan Destinasi
Aku selalu terfikir tempat yang mana patut pergi dalam minggu ni. Kadang-kadang aku perlu tahu adakah jadual aku pada hujung minggu ini padat?? kalau jadual aku pada hujung minggu ini sangat padat aku akan menundanya ke hari yang berikut. Tetapi dalam kamus aku, dalam sebulan itu aku harus bercuti kerana percutian bermaksud melapangkan minda.
Aku fikirkan sama ada mood yang sesuai pada hujung minggu ini adalah di tempat shopping, pantai, restaurant atau event yang berlangsung pada tarikh tersebut. Untuk mencari tempat yang menarik di sekitar, aku akan layari laman sesawang yang memaparkan tempat menarik yang harus dikunjungi.
Selain itu juga, menaiki pengangkutan awam tidaklah salah dan ianya amat dialukan bagi menjimatkan wang untuk membayar tol dan minyak. Link dibawah aku sediakan untuk korang melihat laluan lrt dan monorail, laluan mrt dan laluan ktm. Ia amat memudahkan korang untuk mengetahui tempat mana yang harus korang berhenti.
2. Mengetahui Tambang Ktm,Lrt,Mrt dan Monorail
Untuk pergi ke suatu tempat, korang mestilah tahu cara hendak ke sana, betul kan? Disini korang lupakan sesuatu!! Setiap ke suatu tempat pasti akan mengeluarkan duit juga seperti membayar tambang. Orang yang naik kenderaan sendiri juga kena lalu tol untuk membayar tambang yang dikenakan dan jangan lupa pada duit minyak kenderaan juga.
Hal inilah ramai yang membuatkan duit seseorang terbang tanpa sedar. Korang hanya rancang untuk pergi tapi tak rancang perbelanjaan ke tempat itu?! Oleh itu, disini aku menyediakan link untuk korang untuk menetapkan perbelanjaan tambang dengan mudah. Jadi korang boleh lah rancang dengan baik lepas ni! Korang boleh check tambang Lrt,Mrt dan Monorail, check tambang Ktm dan juga check tambang tol.
3. Tetapkan Tarikh dan Masa
Kalau korang merancang ke suatu tempat dalam 2-3 hari pastikan perancangan itu sangat baik dan berjalan dengan lancar. Pastikan tarikh tersebut tidak menganggu tarikh yang sangat penting. Perancangan yang dibuat pula, haruslah dirancang sebulan sebelum tarikh yang hendak pergi supaya korang boleh buat persiapan yang sepatutnya.
Perancangan yang dibuat ini juga haruslah berdasarkan bajet korang juga. Kadang-kadang kita memilih suatu tempat itu tidak cukup dengan masa yang ada. ketibaan masa ke suatu tempat juga perlu diambil kira!
Ianya penting kerana kalau korang hendak pergi ke suatu tempat dalam sehari sahaja tetapi sampai ke tempat tersebut pada waktu petang, tak ke ianya sangat merugikan? lepas itu korang kena balik ke kediaman rumah korang semula. Masa yang diambil pula hanya 2-3 jam sahaja berada di sana. Masa perjalanan korang pula mengambil masa 3-4 jam. Ia sangatlah rugi!! Jadi korang tolong manage masa dengan betul! Masa yang selebihnya korang boleh gunakan untuk melewati tempat tersebut dengan baik. Biar awal,jangan lambat.
4. Tempat Tidur
Kalau yang nak pergi bercuti dalam 2-3 hari itu, korang ada pilihan sama ada tidur di hotel ataupun di rumah kawan. Kalau sesiapa yang tidak suka tidur hotel atau nak jimatkan kos korang, korang boleh sahaja tidur di rumah kawan.
Bagi yang nak rasa sangat macam mana bercuti, korang boleh pilih untuk tidur di hotel. Tapi untuk yang betul-betul nak travel tu, aku sarankan korang untuk tidur di hostel yang dimana semua orang yang suka travel, mahupun orang diluar negara tidur disitu. Korang mesti tertanya-tanya kenapa nak tidur hostel sedangkan hotel itukan lebih baik dan lebih selesa.
Sebenarnya bila korang tidur di hostel, kadang-kadang dia akan buat aktiviti dengan korang waktu malam, sesi suai kenal dan dari sini korang boleh tengok pengalaman orang lain. Dari sini juga korang boleh belajar macam mana diorang survive dan boleh merapatkan hubungan silaturrahim. Best tau!! Aku tahu, korang yang duduk asrama pun dah muak dekat hostel ni apakan lagi nak bercuti pun duduk hostel lagi. Jangan risau, ini adalah pilihan masing-masing and bagi aku duduk asrama pun bukankah ada banyak pengalaman yang menarik jugak?
5. Tetapkan Pergi Bersama Siapa
Ramai yang sangat takut untuk pergi bercuti seorang, lagi-lagi perempuan kerana bermacam kes yang ada disekitar kawasan. Setiap tempat tak lari daripada kes yang berbahaya. Jadi korang boleh sahaja pergi dengan kawan.
Pergi bercuti dengan kawan ini sebenarnya best lah jugak sebab korang tak akan rasa kesunyian, dan ada teman untuk bergosip dan berbual. Walaubagaimanapun, bagi aku, pergi bercuti solo lebih better sebab korang boleh tenangkan fikiran korang yang tengah serabut itu daripada masalah dan korang boleh pergi mana sahaja yang korang nak tanpa halangan. Masa itulah korang akan rasa tenang dan berani.
Tetapi yang menjadi masalahnya bila kau travel solo, siapa nak amik gambar kau?? jadi buatlah muka tembok korang tu untuk suruh sesiapa yang ada kat sekitar kau tuh ambikkan gambar kau. Nak jadikan bijak sikit, korang gunalah monopod, atau yang seangkatan dengannya barulah nampak smart tu sikit.
6. Mengetahui Restoran Atau Tempat Makan
Dalam percutian juga korang kena tahu tempat mana yang korang nak makan lepas dari melawat tempat yang korang kunjungi itu. Soalan ini paling susah sekali nak bagi jawapan lagi-lagi apabila korang bersama teman wanita korang. Hati-hati bila bagi jawapan ye!
Kalau lelaki ini, dia tak kisah asalkan tempat tu boleh di makan, murah dan makanannya tak pelik-pelik. Al- maklumlah perempuan ni jarang nampak kat kedai mamak itupun sebab nak cari makanan yang boleh diselfie sikit sebab itulah perempuan ini cerewet pasal makanan.
Ada yang bercuti hanya untuk mencari makanan yang sedap. Itu tak apa sebab dari awal percutian lagi dia memang target pada makanan dan bukannya tempat. So, korang yang nak pergi bercuti ke suatu tempat itu, kajilah tempat makan mana yang menarik dan halal disekitar situ dan paling penting kaji harganya dulu supaya korang tak lari dari bajet.
Kadang-kadang ada yang bajet makan minum RM10. Hello??!! korang duduk dekat generasi apa ni?? makanan sekarang banyak yang lebih dari RM10 dan minuman pula hampir nak cecah RM10. Jadi lebih better korang kaji dulu okay tempat tu.
7. Bahagikan Duit
Bila dah selesai bahagikan duit untuk makan, minum, tempat tinggal, pengangkutan dan sebagainya korang bolehlah guna duit lebih itu untuk membeli cenderamata yang mengingatkan pada tempat itu. Tips travel disini, cenderamata itu sangat penting kerana korang boleh kumpul koleksi travel korang dan yang paling penting dan best korang jugak boleh kongsikan pengalaman korang pada yang lain.
Tapi jangan lupa, bila korang dah kira perjalanan untuk pergi itu jangan pula lupa kira perjalanan untuk balik! Nanti korang tak dapat balik sebab kehabisan duit menangislah dekat situ dan telefon ayah atau ibu suruh amik ataupun lebih tepat suruh mak atau ayah bank in kan duit. Perkara itulah yang tak tahu lagi macam mana nak buat walaupun korang ini dah besar panjang dan boleh kahwin dah pon.
Okay, sekian sahaja disini untuk hari ini cara untuk merancang perbelanjaan korang semasa travel! Jangan lupa kunjungi blog ini lagi dengan bermacam tips, atau perkara lain yang boleh korang baca.
Sekian, XOXO Unakenka.<3
0 comments