8 Aplikasi Yang Membantu Perjalanan

by - December 10, 2019



Hai korang! Kali ini aku nak share dengan korang aplikasi apa yang aku selalu gunakan semasa travel dan aplikasi ini sangat-sangat membantu aku bila nak pergi ke mana sahaja tempat yang menarik. Aku harap aplikasi yang aku bagitahu pada korang ini, boleh membantu korang juga bila nak pergi ke suatu tempat. 


By the way, untuk pengetahuan korang yang mengalami memori full...jangan risau tanpa perlu download juga ada sebahagian aplikasi yang betul boleh membantu korang. Apa lagi, nak tahu apa aplikasi itu? Teruskan membaca ok!
1.Google Maps

Korang mesti dengar google maps je dah tahu ini adalah peta. Aku tahu korang akan fikir ini peta untuk ke suatu tempat tetapi korang tak tahu lagi bahawa kalau aku menggunakan google maps ini untuk mengetahui perjalanan masa ktm. Jadi,korang dapatlah set masa dengan tepat nanti untuk sampai ke suatu tempat.


Bagi aku,masa ketibaan untuk ke suatu tempat itu perlu diambil kira kerana bermacam lagi aktiviti atau masa yang terluang untuk aku menjelah ketempat lain. Oleh itu, aku sangat menitik beratkan tentang masa. Kalau sesiapa yang pernah keluar jalan dengan aku, ketepatan waktu itu sangat membuatkan aku berubah menjadi seorang yang cerewet. Jadi,tak boleh sesiapa pun datang lambat lebih dari tepat pada waktunya.


Ini adalah cara aku mengetahui masa perjalanan atau lebih tepat jadual waktu ktm.




  1. Tetapkan tempat yang korang nak tuju. Tips: Targetkan pada tempat permulaan perjalanan seperti contoh tempat terdekat dengan korang adalah ktm kl sentral dan tempat berakhirnya adalah ktm seremban. Jadi, korang lebih mudah untuk mengetahui berapa lama perjalanan sepanjang berada di dalam ktm.

  1. Ini  adalah tempat yang korang boleh set masa korang agak sampai ke tempat nak gerak itu pukul berapa sebagai contoh diatas, sekarang aku berada di ktm kl sentral dan aku set kan pukul 8:18 pm. P/s; korang boleh set tarikh or masa yang korang nak

  1. Ini adalah waktu anggaran ktm sampai pukul berapa ke tempat itu. Sebagai contoh, ktm kl sentral akan tiba pada pukul 8:59 dan akan sampai ke ktm seremban pada pukul 10:21. Faham? Kalau kurang jelas dalam penerangan ini korang boleh sahaja komen di bawah.
2. Moovit


Aplikasi ini sama sahaja dengan google maps tadi cuma dia hanya boleh memaparkan jadual perjalanan masa  untuk hari ini sahaja. Jadi susahlah untuk rancang perjalanan korang untuk esok atau hari yang seterusnya. 

Selain itu juga, aplikasi ini bukan sahaja boleh memaparkan untuk ktm malahan boleh digunakan pada bas atau yang lain. Aplikasi ini lebih mudah daripada google maps tadi. Tetapi bagi aku, google maps adalah pilihan terbaik dari moovit ini kerana perancangan jadual perjalanan aku sangat mudah untuk dianggarkan.

Bagi sesiapa yang just nak tahu untuk hari ini je atau nak benda jadi mudah, aku lebih syorkan korang menggunakan moovit sahaja.
3. Klook


Ini adalah aplikasi kegemaran aku! Dan aku yakin ini akan menjadi kegemaran korang juga nanti. Semua tempat yang menarik, aktiviti yang menarik, makanan dan lain-lain semuanya tertulis disitu. Tetapi yang lebih menarik apabila tawaran harganya yang sangat murah dan berbaloi. Korang tak payah nak pergi ke tempat yang menarik dengan harga yang mahal. Contohnya disini, bagi korang faham dengan jelas, korang nak pergi ke Sunway Lagoon dan harga tiket bagi seorang rm138 tetapi dengan menggunakan KLOOK korang boleh dapat rm82.70 sahaja!! Disini korang boleh jimat rm55.30!!! SEE!! Bestkan?! 

Selain itu juga, dekat KLOOK ini korang boleh juga tempah hotel dari booking dan agoda dengan menggunakan promo code dari KLOOK!! Sekali lagi anda berjimat! Tahniah!
4. Grab


Selain daripada teksi aplikasi grab dapat menghantar korang ke tempat korang hendak tuju. Ianya juga murah daripada teksi. Tetapi aplikasi ini memerlukan storage yang mencukupi dan line internet yang laju untuk menempah sebuah grab.


Aku sarankan jangan gunakan grab untuk ketempat yang jauh tetapi gunalah ketika dalam 5 km kebawah. Grab ini juga menyediakan harga untuk yang menggunakan grab pay. Ini sangat murah dan berbaloi. Korang boleh beli grab pay ini dekat kedai 7e yang berdekatan untuk isi grab pay korang. Yang masih belum tahu kenapa kena isi grab pay ni, aku nak tekankan sikit disini bahawa korang akan dapat harga yang lagi murah dari harga yang korang bayar pakai cash.
5. Food Panda


Bagi orang yang malas nak keluar dari hotel sebab penat sangat travel tu, sampai lupa nak makan...jangan risau!! Food Panda ada penyelesaiannya! Kenapa aku pilih Food Panda dan bukannya Grab Food ke atau yang seangkatan dengannya. 


Hal ini kerana, Food Panda lagi murah sebab dia sentiasa berikan harga promo kepada pelanggannya. Jadi Food Panda adalah pilihan yang terbaik berbanding yang lain mengikut kajian aku. Kalau tak percaya, cubalah!


6. Touch n Go E-Wallet


Selain dari menggunakan kad touch n Go, korang boleh guna aplikasi yang dah disediakan oleh touch n go ini. Dia menawarkan perkhidmatan untuk menempah tiket wayang,bayar bill,beli topup,membeli barang dan sebagainya. Korang tak payah bawak duit dah kemana sahaja just bawak telefon  korang dan jalan lah. Yang paling best lagi, Touch n Go e-wallet ni buat cashback tau!! Yang tak tahu apa itu, cashback...cashback itu bila kau beli barang rm10 korang dapat balik duit rm2.


Selain dari itu, ia amat mudah digunakan. Ia menyediakan harga promosi pada barang atau makanan yang dipaparkan sahaja contohnya seperti tea live. Ramai yang menggunakan touch n go e-wallet ini untuk mendapatkan harga promosi. Jadi tak payah lah nak membazir duit lagi untuk beli barang mahal. 


Boring-boring duduk sahaja, dan korang rasa nak tengok wayang? Korang juga boleh terus menempah tiket wayang dekat touch n go e-wallet ini! Bagi aku yang suka travel ini, aku gunakan untuk mendapatkan harga makanan yang murah sahaja. Manalah tahu, ada promosi jadi bolehlah belanja sambil melancong!


7. Red bus


Nak pergi jauh, tapi terlupa nak beli tiket bas? Lepas itu, nak kena beratur panjang pulak tu?! Apa susah, korang downloadlah aplikasi red bus ini. Mudah sahaja kan? Red bus ini menawarkan bermacam bas dengan menyediakan harga yang promosi juga! Dahlah murah,cepat pulak tu. 


Lepas ini,korang tak perlulah nak beratur lagi. Nak melancong pun senang! Daripada guna kereta lebih baik menggunakan kenderaan awam. Lebih mudah, jimat dan yang paling penting tak payah nak sakit belakang sebab memandu!

8. Waze


Ok, kita semua ada pendapat masing-masing. Ada yang setuju jimat naik sahaja kenderaan awam dan ada yang kata lagi senang naik kereta sebab lagi best dan boleh pergi singgah mana-mana sahaja yang kita mahu. Kalau bas, tak boleh nak berhenti kat tempat yang kita nak, betul? Disini aplikasi waze boleh membantu korang juga! 


Nampaknya ramai yang tahu, aplikasi ini sama macam maps je. Tetapi aku yakin hanya 80% yang tak tahu bahawa aplikasi waze ini dapat membantu korang ketika kesesakan lalu lintas. Korang akan fikir Waze ni tak betul sebab sebelum masuk simpang dia akan suruh korang belok ke tempat lebih jauh walaupun kau tahu kalau guna jalan ni lagi dekat dan lebih cepat sampai. Ya, aku ada pengalaman dengan benda ni sebab itu aku tulis. Percayalah cakap aku, waktu dia suruh kau jalan jauh kalau kau tak dengar kau akan menyesal sebab dekat jalan yang cepat tulah ada kesesakan lalu lintas.


Selain itu juga, bagi yang budak remaja yang tak ada lesen nak bawak kereta atau motor pon boleh guna juga tau! Sebab aplikasi waze inilah yang akan bagitahu korang dimana polis berada. Sebelum kena tangkap, lebih baik bersedia!


Setakat ini sahaja aplikasi yang aku dapat membantu korang ketika melancong nanti. Jangan lupa untuk gunakan ia dengan sebaiknya okay? Biar perjalanan menjadi lebih mudah nanti!

Sekian, XOXO Unakenka<3

You May Also Like

0 comments