Lawatan Ke Kilang Radix
Jadi, pada tanggal 16 disember yang lalu aku pergi ke Perlis mengikuti ahli HPA yang lain membuat lawatan ke ladang pegaga, kilang Radix, kilang pembuat ubatan dan akhir sekali kami pergi ke Padang Besar.
Ini adalah catatan masa yang aku catit sepanjang perjalanan dan aktiviti yang kami lakukan pada hari itu;
- Pada pukul 1;15 pagi bas tiba di masjid KDSK, Kampung Dato’ Kamaruddin, Seri Manjung dan sesiapa yang berada di Seri manjung akan berkumpul di situ.
- Pada pukul 1;40 pagi pula bas berhenti di Changkat cermin, Ayer Tawar untuk mengambil orang yang berada di Changkat Cermin itu pula.
- Pada pukul 2;30 pagi berhenti di Tol kuala Kangsar dan pada pukul 3; 40 pagi pula di Tol Juru.
- Dan akhirnya pada pukul 5:30 pagi tiba di RNR Gurun untuk berhenti menunaikan solat subuh dan bagi sesiapa yang hendak membersihkan diri.
- Setelah satu jam berhenti, kami bertolak ke HPA Industries yang terletak di Jejawi, Arau, Perlis.
- Alhamdullilah pada pukul 8;33 pagi kami tiba di HPA Industries.
Ini adalah gambar di sekitar kawasan HPA Industries, jejawi, Arau Perlis.
Jadi dimaklumkan bahawa seramai 100 orang lebih ahli rombongan dari Negeri Perak ke Jejawi HPA CITY. Alhamdulillah rombongan hari ini terdiri daripada Ahli & Leader HPA International dari negeri Perak. Lawatan ini di sekitar kawasan HPA Industries Sdn. Bhd. yang menempatkan Kilang Kopi Radix, Kilang Herba GMP, dan juga Kilang Pemprosesan Akar Kayu.
Kedatangan kami dipintu masuk lagi, kami diberikan dua paket kopi Radix Ori.
Ini adalah gambar sewaktu kedatangan kami semua bersama kopi radix yang diberi;
.
Semua ahli yang datang ke sini kelihatan ceria di pagi hari. Dengan izin Allah S.W.T juga , cuaca pada pagi itu sangat mengizinkan kami untuk melakukan aktiviti pada hari tersebut..
- Sementara menunggu ketibaan dari bas dari tempat lain sampai, pada pukul 8:40 pagi kami dihidangkan dengan nasi lemak bersama air kosong dan air panas untuk membancuh kopi radix yang diberi tadi. Itu lah sarapan kami pada pagi itu.
- Setelah habis sahaja makan, semua diminta masuk ke dalam dewan. Ada beberapa taklimat yang disampaikan sebelum memulakan majlis.
- Pada pukul 9:55 pagi, Persembahan daripada kumpulan mata air bersama alat musik mereka.
Ini adalah salah satu musik yang aku rakam sewaktu dimainkan oleh kumpulan itu;
- Pada pukul 10:15 pagi, penerangan daripada Tn. Haji. Ismail iaitu Founder/ Owner HPA. Beliau menerangkan tentang kebaikan produk super baja organik yang bagus untuk tanaman.
Ini adalah gambar Tn. Haji Ismail menerangkan semua produk tersebut.
Okay, baiklah. Aku akan menerangkan semula apa yang disampaikan waktu itu.
Ini adalah super baja Organik. Ianya bagus untuk tanaman kita bertumbuh dengan lebih cepat, sihat dan yang paling penting bebas daripada bahan kimia yang digunakan oleh orang lain untuk tanaman mereka. Ia dapat menguatkan batang dan meningkatkan hasil tanaman.
Antara yang boleh didapati melalui penggunaan baja ini pada padi adalah keadaan batang padi yang menjadi lebih kukuh lalu menjadikan padi lebih tahan terhadap serangan hama dan pest inset. Hal ini disebabkan oleh rangsangan terhadap hormon-hormon yang membantu menguatkan batang dan meningkatkan penghasilan padi.
Bagi sesiapa yang suka menanam tanaman atau tanaman dia tak menjadi korang boleh sahaja beli poc ini. Kalau tak percaya, tengok testimoni di bawah.
Daripada tidak banyak mengeluarkan padi, kepada mengeluarkan lebih beribu padi.
Selain Padi juga, korang boleh buat pada semua tanaman korang yang lain.
Tanaman ni pula, daripada tak mengeluarkan bunga terus berbunga dan batang dia sangat berkilat kehijauan.
Selain daripada tanaman juga, kita boleh beri POC ini pada haiwan mahupun manusia juga. Tak percaya? Korang boleh cuba! Untuk haiwan, Kalau diberi lembu, ayam dan sebagainya kepada kurus semuanya menjadi gemuk-gemuk. Kalau kucing yang berkurap itu pon boleh hilang kurapnya. Produk ini langsung 100% tidak memakai bahan kimia!!
Ini adalah cara untuk bagi pada ayam dan ianya sangat berkesan.
Buah betik tanpa POC dan selepas POC.
Bagi bertanya macam mana nak bancuh pada tanaman atau dekat haiwan lain? Di sini aku menyediakan klip video dari youtube untuk korang fahamkan caranya.
Okay, kalau tak faham juga apa yang video ini sampaikan. Aku jelaskan semula.
Cara membancuh POC;
- Perlukan air kosong ¼ liter dalam botol.
- Tuangkan POC satu penutup botol Poc itu sendiri kedalam botol yang di isi air kosong itu sendiri tadi.
- Setelah tuang, baca surah Al-fatehah ( kalau tak baca ia tak akan berkesan)
- Goncangkan sebanyak 50 kali dan dah siap.
Kalau nak bagi dekat haiwan, bagi dengan cara diorang minum okay! Harga untuk satu POC ini hanyalah Rm50 sahaja. Mana nak dapat? Korang boleh sahaja dapatkan di cawangan HPA yang berdekatan atau pun bagi yang ada facebook boleh sahaja pm aku dan sesiapa yang ada instagram pon boleh sahaja dm. CEPAT SEBELUM STOK HABIS!!! Semua facebook dan instagram aku ada di tepi kanan blog aku ini sahaja.
11. Setelah selesai semua, pada pukul 12 tengah hari kami membuat lawatan di Kilang Kopi Radix dan Kilang Herba GMP.
Di Kilang Herba GMP.;
Semua diminta mengikut SOP sebelum masuk ke tempat tersebut dengan memakai mask dan sarung kaki.
Ini adalah bilik yang dimana mereka membuat kapsul. Plastik yang berada di atas tong merah itu adalah bahan yang ada dalam kapsul itu.
Ini adalah bilik dimana mereka mengasingkan kapsul mana yang tidak boleh dipakai atau rosak secara manual.
Setelah selesai membuat kapsul, mereka akan memasukkan kapsul itu ke dalam bekas kapsul.
Dan yang terakhir mereka akan melabel semua jenis kapsul yang masukkan tadi.
Di Kilang Radix;
Sama juga kena memakai mask dan sarung kaki sebelum masuk.
Ini adalah mesin pembuat kopi Radix.
Pekerja di kilang itu, menerangkan tentang bagaimana mesin ini berfungsi.
Setelah mesin itu sudah memasukkan serbuk kopi Radix ke dalam paket, paket itu akan terus keluar dari sini dan disini jugalah dimana mereka mengasingkan paket mana yang tak boleh dipakai atau terbuka dan sebagainya. Setiap bakul itu mewakili 350-450 paket.
Setelah selesai satu bakul, paket itu akan dihantar ke pekerja mereka untuk dimasukkan kopi itu secara manual ke dalam paket yang lebih besar yang memuatkan 32 bungkus. Kopi besar ini dipanggil kopi jumbo dan mempunyai pelbagai perisa serta khasiat yang berlainan pada setiap pack.
Selesai memasukkan ke dalam paket yang lebih besar, mereka akan menggunakan mesin untuk memastikan atasnya ditutup dengan rapat.
Selesai menutup atas, mereka akan memasukkan kedalam kotak untuk dihantar kepada setiap cawangan HPA.
Selain kopi jumbo, kopi papan juga ada bagi sesiapa yang inginkannya. Setiap papan mempunyai 20 bungkus dan harganya pastilah lebih murah daripada kopi jumbo. Bagi ahli HPA, kopi jumbo berharga RM 34 manakala kepada yang bukan ahli berharga Rm32. Kopi papan pula, bagi ahli HPA hanyalah Rm21 dan bukan ahli Rm23. Beza dia tidak seberapa banyak kerana HPA memainkan sistem MLMS yang dimana keuntungannya dibenarkan oleh Syariah.
Setelah selesai packing kopi radix ini, mereka mengumpul dan meletakkan didalam satu kotak untuk dihantar ke cawangan HPA. Untuk pengetahuan semua, kopi radix mempunyai pelbagai perisa yang mempunyai khasiat yang berbeza. Ada kopi radix original untuk bertenaga, Kopi Himalaya untuk mengimbangkan tekanan darah bagi sesiapa yang mempunyai tekanan darah yang rendah , kopi Halia untuk masalah angin dalam badan , kopi habatus sauda membantu bagi sesiapa yang ada masalah resedung dan juga alergi, Kopi sihat membantu mengawal darah tinggi, dan kopi gamat membantu melegakan masalah sendi.
Mereka akan mengikut jadual untuk menyiapkan satu persatu jenis kopi, contohnya pada hari isnin sehingga rabu mereka akan fokus pada kopi radix original dan pada hari yang berikut pula mereka akan menghabiskan pada kopi lain pula. Mereka akan menyelesaikan satu persatu stok kopi dan setelah selesai satu jenis kopi, mereka akan membuat jenis kopi yang lain pula. Ini akan dapat memudahkan kerja mereka supaya tidak tercampur dengan kopi yang lain.
Mereka akan mengikut jadual untuk menyiapkan satu persatu jenis kopi, contohnya pada hari isnin sehingga rabu mereka akan fokus pada kopi radix original dan pada hari yang berikut pula mereka akan menghabiskan pada kopi lain pula. Mereka akan menyelesaikan satu persatu stok kopi dan setelah selesai satu jenis kopi, mereka akan membuat jenis kopi yang lain pula. Ini akan dapat memudahkan kerja mereka supaya tidak tercampur dengan kopi yang lain.
Gambar selepas selesai lawatan ke kilang kopi Radix dan Kilang Herba GMP.
12. Selesai sahaja lawatan di Kilang Kopi Radix dan Kilang Herba GMP, tepat pada pukul 1:30 petang sahaja semua diminta makan tengah hari dan menunaikan solat zohor. Disitu terhidangnya RFC yang juga milik HPA iaitu Radix Friend Chicken. RFC ini sama macam KFC tetapi RFC ini lebih kepada buatan orang islam.
RFC dihidangkan bersama jus mangga yang diperah sendiri.
Menu yang dihidangkan pada waktu itu adalah;
Set A ( Rm 13)
-2 ketul Ayam
-Kentang putar
-2 ketul Ayam
-Kentang putar
Set B (Rm 49)
-10 ketul Ayam
- kentang putar
13. Seterusnya pada pukul 3 petang, semua berkumpul dan akan bertolak ke Ladang pegaga.
Ini adalah gambar sebahagian ahli HPA yang tengah menunggu yang lain habis makan dan solat zohor.
Dalam sekitar 30 minit kemudian, Kami tiba di Ladang pegaga. Gambar dibawah adalah gambar di Ladang Pegaga;
Ini adalah gambar semasa penerangan mengenai ladang pegaga ini disampaikan.
Ladang pegaga HPA ini menggunakan POC. Daripadanya jugalah terhasil produk-produk HPA seperti jus pegaga dan minuman botani pegaga tanpa bahan kimia.
Pegaga juga dikatakan mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha.
14. Selesai melihat Ladang pegaga pula, pada pukul 4:30 akhirnya sudah sampai ke destinasi yang terakhir iaitu Padang Besar. Dekat sini harga barang dia tidaklah seberapa murah nak dibandingkan harga borong di sekitar Kuala Lumpur seperti di kenanga, Gm Klang dan sabagainya. Maaf tak ada gambar sebab masa yang diberi hanyalah sampai pukul 5:30 sahaja dan itu sangatlah tidak mencukupi untuk aku bershopping kat situ, okay!! Huhuhuhuuhu…. >< Dan kami semua bertolak pulang.
Kepulangan kami ke Seri Manjung tidaklah hanya tangan kosong sahaja. Ada yang membawa buah tangan yang diborong dipadang besar dan kami juga dihadiahkan cenderahati daripada HPA iaitu minyak but but, black radix coffee premium dan kalendar tahun 2020.
Khasiat Minyak But-but HPA adalah untuk patah tulang, darah tinggi, lumpuh (Stroke), atau terkena gigitan serangga dari binatang berbisa seperti nyamuk, lipan, tawon, dan lain-lain, luka-luka Kecil juga boleh digunakan, keracunan makanan dan lain-lain penyakit lagi. Dengan izin Allah juga insyallah segala penyakit akan sembuh.
Sampai disini sahaja kisah trip aku semasa ke Perlis. Jangan lupa selalu kunjungi blog aku untuk mengetahui pelbagai lagi tips, pengembaraan aku dan bermacam-macam lagi!!
Sekian, XOXO Unakenka <3
0 comments