3 Cara Meringankan Storage Telefon Untuk Android
Salam, 2020!!! Dah lama rasanya tak buat blog. Almaklumlah i’m still student u ollsss
busy jerrr memanjang. Okay back to the topik, Zaman sekarang bukankah setiap orang
sudah mempunyai kamera telefon yang lebih cantik bila bergambar? Tetapi bukankah tidak
seronok kalau tetiba sahaja storage full sewaktu mengambil gambar? Setiap kali berjalan je
mesti rasa nak bawa sd card lebih atau kamera lebih. Gb dah banyak pon still tak cukup!!
Kenapa perlu bawa banyak barang kalau kita dapat manage kan telefon kita sendiri untuk
storage yang lebih. Dibawah ini adalah penyelesaian bagi masalah tersebut;
Tukar kepada Sd Card
Kalau nak tahu, aplikasi yang korang download di Play store dan sebagainya sebahagian
dibenarkan untuk simpan di Sd Card. Jadi, storan pada telefon menjadi ringan. Selain
daripada aplikasi, korang boleh setting kamera kepada sd card supaya gambar terus pergi
ke sd card. Dari sini juga dapat menjimatkan storan telefon korang. Dibawah ini aku tunjukkan
cara settingnya;(ini untuk android sahaja ye)
Cara setting aplikasi untuk simpan dalam sd card;
1. Buka setting telefon dan klik pada ‘Aplication’
2. Pilih aplikasi yang korang hendak menyimpan ke dalam sd card.
Contoh seperti aplikasi yang diatas dan klik pada ‘Storage’.
3. Ada sebahagian aplikasi yang tidak dapat terima masuk ke dalam sd card.Kalau nak tahu aplikasi ini terima atau tidak, dia akan papar kan ‘Storage used’.
Klik pada ‘Change’.
4. Dia akan paparkan pilihan seperti dalam gambar selepas klik pada ‘Change’ tadi.
Sekarang ini, korang boleh pilih sama ada hendak menyimpan ke dalam telefon atau terus
menyimpan ke dalam Sd card korang.
5. Lepas sahaja klik pada ‘sd card’ dia akan memaparkan paparan seperti ini.
Klik pada ‘move’ untuk langkah pemindahan.
Proses selesai. ‘Internal storage’’ akan bertukar menjadi ‘external storage’.
itu menandakan aplikasi tersebut telah berjaya disimpan di dalam sd card.
Cara setting gambar untuk terus masuk ke dalam sd card;
1. Buka kamera dan sebahagian kamera dihujungnya terdapat setting untuk kamera
2. Cari ‘storage location’
3. Disitu kita boleh setting sama ada gambar yang kita akan tangkap menggunakan kamera
terus disimpan di dalam telefon atau di sd card
2. Save gambar di cloud
Pelbagai banyak cloud dapat digunakan untuk menyimpan data seperti google drive, drop box,icloud
bagi pengguna ios dan lain-lain lagi cloud yang korang tahu. Bagi aku pula, aku selalu menggunakan
google photos untuk menyimpan gambar dan google drive untuk menyimpan sebarang document.
Jadi, aku dah tak payah nak transfer semua gambar dekat dalam laptop bagai lah sangat menyusahkan.
Just perlu sign in korang punya email sahaja! DONE!!!
Cara menyimpan gambar dalam google photos;
Pastikan sudah mendownload aplikasi google photo terlebih dahulu kedalam telefon anda.
Untuk yang tidak tahu yang mana satu apps google photos itu, ada tertulis ‘Photos’ di dalam gambar
diatas.
Buka gallery biasa yang dah disediakan di telefon masing-masing.
Pilih gambar yang hendak disimpan ke dalam google photos dan klik ‘Share’.
Dan paparan akan keluar seperti ini,pilih ‘upload to photos’.
Seterusnya, setelah klik ‘upload to photos’ ia akan bawa terus ke aplikasi google photos
ini dan akan memaparkan seperti gambar diatas. Klik ‘upload’.
Tunggu sehingga proses selesai. Apabila proses mengupload gambar sudah selesai,
paparan akan hilang.
Untuk melihat gambar yang diupload tadi berjaya atau tidak,
boleh terus buka aplikasi google photos tadi. Done!!!
Cara menyimpan document ke dalam google drive;
Pastikan google drive sudah siap di install dalam telefon. Bagi sesiapa yang tidak tahu
bagaimana rupa aplikasi tersebut, boleh lihat didalam gambar rajah diatas yang tertulis ‘Drive’.
Buka file manager tempat terletaknya semua document korang.
Contoh file manager aku yang tertulis ‘my files’.
Ini adalah contoh paparan yang akan keluar. Klik ‘documents’ atau apa-apa sahaja
benda yang korang rasa nak simpan seperti music yang ada dalam telefon korang tu ke atau lain-lain.
Tapi contoh benda yang aku tunjuk sekarang ini adalah ‘documents’.
Ini adalah paparan documents yang ada dalam telefon aku.
Sama seperti Google Photos tadi, klik documents yang korang nak simpan dalam
google drive dan tekan ‘share’.
Klik ‘save to drive’.
Ia akan terus keluar paparan seperti gambar rajah diatas dan klik ‘Save’.
Bila tekan ‘save’ tadi, dia akan terus keluar dekat notification korang beritahu bahawa
file korang sedang diuploadkan ke dalam google drive. Kalau tak keluar seperti paparan diatas,
sedang diproses tu. sebelum itu, dia akan paparkan ‘Resume all now’ klik pada ayat tu yang juga akan
keluar dekat notification. Selepas itu, barulah paparan akan keluar seperti gambar diatas.
Done!!! Proses mengupload file sudah siap! Ia juga akan paparkan di notification seperti di atas
untuk beritahu bahawa file korang sudah siap diupload.
Untuk melihat file korang yang upload tadi, boleh sahaja buka ‘Google drive’ dan lihat lah sendiri.
Okay, untuk pengetahuan semua, kebaikan simpan di driver ataupon cloud ni, korang boleh buka
dimana sahaja just perlu sign in atas email yang sama sahaja! Selain itu, Jangan lupa delete file atau
gambar yang korang dah upload tadi di telefon korang! Kalau tak, tak ada function lah korang simpan
dekat google dive dan google photos tadi, kan! So, kalau nak tengok gambar atau nak buka file korang
yang dah upload tadi tu, just buka aplikasi itu sahaja!
And one more time, Jangan usya contact saya ye!! Huhuhuhu….#ytjt
3. Buat shortcut apps
Kenapa perlu download apps sedangkan benda tu boleh buka di google sahaja?
Memang lah menjimatkan data, tetapi ia memakan storage yang banyak.
Disini aku akan ajar macam mana nak buat shortcut apps. Maksudnya kat sini korang tak payah
nak download apps tu just search kat google and then jadikan dia home screen. Kalau nak pakai
apps tu korang tekan jerlah gambar apps yang korang nak guna. Tak faham? Tak pe…
biar aku tunjukkan ye..
Cara membuat shortcut apps tanpa download;
Buka laman google korang di telefon masing-masing.
Dan korang boleh search aplikasi yang korang selalu buka atau pon memang nak download
tapi storage full. Contoh diatas, aku buka facebook di laman google aku. Korang boleh nampak tiga
titik bertindih di atas sekali hujung belah kanan. Klik titik tiga bertindih tu.
Apabila korang dah klik simbol titik tiga bertindih tadi, paparan akan muncul seperti ini.
Klik ‘Add to home screen’.
Seterusnya, ia akan keluar seperti paparan di atas dan klik ‘Add’.
Okay selesai!!! Aplikasi korang dah ada dekat home screen. Gambar diatas adalah semua apps
shortcut aku!! Mudahkan? Tak makan storage langsung pon!!! So, lepas ni kalau nak buka facebook
ke, google translate ke, just tekan je apps tu… macam biasalahhh
Okay, ini sahaja tips daripada aku! Kalau ada penambahan aku akan bagitahu dari semasa ke semasa
okay? Stay Tuned!!
Sekian, XOXO Unakenka<3
0 comments