6 Netflix Hacks

by - April 04, 2020


Sepanjang cuti ni disebabkan penyakit corona (covid-19), ramai yang bosan kan di rumah? Ya, aku tahu tu sebab itulah aku nak ajak korang, tengok Netflix! Selain hanya menonton cerita yang best, tanpa korang sedar ada beberapa hacks yang korang tak tahu tentang Netflix. Ini aku nyatakan enam hacks tentang Netflix:

1. Netflix Party


Netflix party ini digunakan untuk mengajak ramai orang untuk menonton cerita bersama. Dah namanya party, kan? Untuk menjadikannya meriah tentulah kena ajak ramai orang. Netflix party ini korang boleh menonton bersama hanya dengan satu pilihan cerita sahaja. Memang benar, macam tengok cerita sorang-sorang tetapi apa yang membuatkannya lagi best..ada komen ditepi cerita yang dipilih itu nanti, komen itulah komen dari rakan korang sendiri! Gempak kan, apa lagi Jomlah partyyyyy!!! Waittt, sebelum itu, aku lupa nak bagitahu bahawa Netflix Party ini korang boleh guna di desktop komputer atau di laptop korang sahaja.

Bagaimana nak buat Netflix Party? Ini caranya;

klik dalam kurungan ini (Download Netflix Party) Seperti dalam gambar, klik pada add to chrome. 


Jika NP ada tertulis di atas chrome anda bermakna Netflix party telah dipasang.

Seterusnya, pasang netflix anda  di chrome dan pilih cerita yang hendak dipasang.


Klik pada simbol NP diatas untuk mulakan party. Jangan tanda (/) pada kotak 'only i have a control' kerana nanti tidak akan papar chat room. Terus sahaja klik pada 'start the party'. 

nanti dia akan paparkan seperti ini dan 'copy url' tersebut dan share pada kawan yang korang nak ajak party. Pastikan kawan korang ada account netflix sendiri.

Netflix party korang bermula!!! korang boleh chat di ruang chat yang disediakan.

2. Cari cerita yang trend, Hot atau lebih tepat ketegorinya



Korang mesti kadang-kadang rasa tak tahu nak tengok cerita apa,kan? Asyik suruh orang lain suggestkan je..kesian kawan tu, sebab korang kacau dia tengok Netflix. Dan kadang-kadang tu, cerita yang dia pilihkan tak kena dengan citarasa kita. Ha ini aku boleh tolong korang dengan beberapa tips Netflix yang dapat bantu korang buat  pilihan untuk cari cerita best di Netflix.

taip www.netflix.com/browse/genre/ 


selepas sahaja '/genre/' korang boleh letak code no. seperti dalam gambar diatas.
contohnya; www.netflix.com/browse/genre/ 8711
ini code untuk tengok list cerita hantu yang netflix suggest kan untuk kita

jika korang tak nampak code dalam gambar itu, aku taipkan codenya dibawah ini;

1. Action & Adventure (1365)
2. Anime (7424)
3. Children & Family Movies (783)
4. classic movies (31574)
5. Comides (6548)
6. Cult movies (7627)
7. Documentaries (6839)
8. Dramas (5763)
9. Faith & Spirituality (26835)
10. Foreign Movies (7462)
11. Horror movies (8711)
12. Independent movies (7077)
13. Musicals (13335)
14. Romantic movies (8883) 
15. Sci- Fi & Fantasy (1492)
16. Sport movies (4370)
17. Thrillers (8933)
18. Tv shows(83)


3. Hias Subtitle


Ishh, subtitle ni, dah lah tak nampak, kecik pulak tu, lagi-lagi tak cantik!! Tak apa, jangan risau sambil bosan ke korang boleh buat ni.. Korang boleh hias subtitle korang nampak cantik seperti apa yang korang nak. Nak tukar font, boleh. Nak tukar warna tulis, pon boleh. Nak letak warna dekat latar belakang tulisan korang, itu pon boleh. Macam mana nak buat? Korang klik di sini 

4. Delete History cerita



Dah habis tengok cerita pon, still ada history tu. Nak tengok cerita tu best ke tidak pon ada history keluar. Kadang-kadang rasa semak lah!! So,macam mana nak buang? Tak apa, korang boleh sahaja buang history tu, Klik disini (Buang history )

5.  Putar 90 darjah


Sesiapa yang suka tengok netflix dekat laptop tu, bila nak baring je sakit leher nak kena tengok cerita tu kadang-kadang. Tengok dalam telefon, kecik pulak. Kat sini pon ada penyelesaiannya. Korang boleh download Netflix yang boleh berputar kepada 90 darjah untuk keselesaan sesetengah orang. Boleh cuba try lah lepas ni, sambil baring-baring. Kat mana nak download? Nah klik dalam ruangan ni (putarkan laptop anda )

6. Profile Lock

Cara ini sesuai untuk korang yang shared account. Sesiapa yang tak nak account dia digunakan oleh orang yang shared satu account dengan dia itu sangat dialukan untuk menggunakan cara ini.

a. First login Netflix, pergi ke 'account' setting


b. Lepas dah buka bahagian 'account' setting punya, pergi ke bahagian bawah sekali, korang akan jumpa ' profile & parental controls'.


c. Klik pada profile korang sendiri, dan pergi ke 'Profile Lock'


d. Masukkan password utama netflix korang yang waktu nak log in mula-mula tu.


e. Buat password profile korang sendiri dengan hanya 4 no. pin sahaja dan dah siap!!! profile korang dah di lock!!





Okay itu sahaja dari saya, kalau korang ada pape cadangan lain atau masalah lain just inform to me! 

Sekian, XOXO Unakenka<3

You May Also Like

0 comments