10th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2019

by - July 29, 2020


Hai, korang!! So, today aku nak ceritakan pengalaman aku dan team Musketeers aku datang ke event Hot Air Balloon. Untuk pengetahuan korang, Hot Air Balloon diadakan di Precinct 2, Putrajaya pada setiap tahun. Pada tahun 2019, Hot Air Balloon ini diadakan pada 28 Mac hingga 31 Mac.

Aku pergi pada 30 mac 2019, my dad hantar aku dari Perak hingga ke KTM Serdang untuk mengambil my friend iman a.k.a man man. Dari perak, aku bergerak pada pukul 8 pagi dan tiba dalam pukul 12 lebih. Man man ni datang dari Gombak. Aku suruh dia turun Serdang sebab dekat sikit dengan minah cerewet iaitu my friend Wani. Wani tinggal area Seri Kembangan. So, dah pickup man man dan minah cerewet kita gerak ke Event Hot Air Balloon.


Event ini terdapat lima zone area yang patut korang tahu.Dibawah ini, aku tampilkan peta yang dimana terdapat zone yang terlibat untuk event Hot Air Balloon ini. 

sorry tak berapa jelas sangat sebab scan dari printer. Map ini akan dapat bila pergi event tu nanti, jumpa dekat tempat utama yang terletak di red zone.

Zone biru adalah tempat dimana pelepasan hot air balloon ke udara. Balloon itu akan dilepaskan setiap pagi pada pukul 7 pagi sehingga pukul 8 pagi. Pada 28 Mac dan 29 Mac, Balloon dilepaskan dua kali iaitu pada waktu pagi dan pada waktu petang. Pada waktu petang, dilepaskan pada pukul 6 petang hingga 7 petang. Untuk 30 Mac dan 31 Mac, balloon akan ditayangkan pada waktu pagi dan petang juga, tetapi sewaktu petang ada sesi night Glow dari pukul 5.30 petang sehingga 8.30 malam. Kat sini, kami dapat tengok dari jauh sahaja sebab kalau nak tengok dekat-dekat atau naik, dikenakan bayaran.

 

Ini gambar dimana kami berada di Zone biru untuk melihat semua jenis Hot Air Balloon yang ada. Kalau dapat lihat dibelakang kitaorang ada belon yang baru hendak di kembangkan.

Zone pink pula, terdapat Picnic Area yang dibuka daripada pukul 10 pagi sehingga pukul 7 petang. Disni disediakan DOOF Bean Bags. Memang cantik dan selesa sangat kalau lepak-lepak tengok pemandangan dari arah sini. Tempat ini free je untuk semua tapi tempat sangat terhad. Nasib baik, waktu kami pergi ada orang nak balik. Memang letih lah kalau nak pergi ke semua zone yang ada. 

Ini adalah gambar kami sepanjang zone Pink;

Gambar yang kami ambil dengan maskot yang berjalan disekitar situ


Gambar baring kami di atas bantal yang besar dan empuk. Tempat lepak dan santai dia memang tenang sebab ada tasik jugak.


Seterusnya, di zone kuning ini terdapat banyak sangat jenis permainan yang korang boleh main antaranya seperti Beca Animasi, Becca Mini, Becca Royale, Chuchu Train, Train Beca Mini, Fishing Pond, Giant Bubbles, Sand Art, Pedal Go-Kart, Water orb, Hamster orb, Bull Ride, Inflatable Trampoline, Inflatable Zones, Reverse Bungee dan Junior Bungee

gambar aktiviti berserta bayaran yang dikenakan.

Selain itu, Di zone merah terdapat pelbagai jenis pameran yang dibuka seperti Gamuda Land, Oppo Malaysia, F&N, Parkson, UNHCR, Balllon discovery centre dan banyak lagi. Kat sini juga ada kids area. Jadi, sesiapa yang ada anak-anak kecil tu diorang pon bawalah anak main dekat kids area ni. Kami tak kahwin lagi, Jadi, tak ada kids...kamilah kids!! Kat sini kami tak bergambar sangat sebab tak berapa menarik. 

Akhir Sekali, iaitu zone ungu tempat kegemaran semua orang sebab tempat ini ada banyak jenis makanan yang sedap dan viral!!! Kat sini, kitaorang pon tak tahu nak makan apa, so, kitaorang decide nak pergi tempat yang ramai orang, sedap dan harga yang berpatutan.

Gambar dekat zone ni paling banyak sekali sebab sangat menarik;) Inilah Love Food Festival

Sempat kami mengambil gambar dan buat photobooth yang disediakan. Not free okay!

Pintu depan utama dah ada benda ni, ramai selfie kat sini je

Ini di gerai Nachoslah


Ini dari Wondersnow Ice cream, memang berasap gila lah tapi tak rasa apa-apa pon asap dia tu.

 Tempat duduk yang disediakan memang santai, dan ini salah satu tempat duduk nya...

Ini sahaja, pengalaman kami datang ke Event Hot Air Balloon. Insyaallah, di lain hari kami akan naik hot air balloon pula!!! Untuk maklumat lanjut tentang event hot air balloon boleh sahaja terus ke laman dia Hot Air Balloon

Sekian, Unakenka<3


You May Also Like

0 comments