KL Photosunday Bersama Saiful Nang

by - August 01, 2020


Hello Guys, Jadi hari ini aku nak ceritakan pengalaman aku dengan kawan aku, man man pergi join KL Photosunday outing bersama Saiful Nang pada 21 julai 2019 tahun lalu. Kenapa aku baru post pasal ni? Sebab aku busy sangat and tak ada mood nak blogging. Lagipon, tahun ini adalah tahun last sem aku jadi banyak projek yang aku kena buat. So, sorry guyssss!!!

Gambar aku dan man man

Jadi, Siapa Saiful Nang ni? Bagi sesiapa yang tak kenal siapa Saiful Nang ni, Beliau ni adalah my role model tentang bidang Fotografi. Dengar tajuk je PHOTOSUNDAY ni, confirmlah korang tahu ini adalah tentang gambar,kan? Beliau adalah jurugambar professional. Jadi, jarang-jarang lah dia nak anjurkan kelas fotografi ni secara percuma!!! Ceritanya, macam mana aku boleh tahu kelas ni wujud adalah sebab aku follow Instagram Saiful Nang Academy.

Ini adalah screenshot yang sempat aku snap sewaktu ditayangkan untuk sesiapa yang berminat nak join.

Masa yang ditetapkan adalah pada pukul 7 pagi, tapi disebabkan kitaorang gerak lambat sikit sampai dalam pukul 8 lebih lah jugak. Tempat yang dianjurkan adalah di Ruang by Think City, Pasar Seni.

Gambar didepan Ruang by Think City di Pasar Seni
Ini adalah Ruang by Think City, tempat semua berkumpul

Beliau memberikan taklimat dan diberikan tips fotografi sebelum membuat photohunting iaitu kami akan dibebaskan disekitar pasar seni dan Chinatown untuk mengambil gambar sekeliling.

Gambar semasa taklimat diberikan oleh Saiful Nang sendiri.

Terdapat 5 tips yang diajar oleh beliau dalam teknik mengambil gambar ini.

 1.  Lending Line

Salah satu alat komposisi yang paling berkesan dan kurang digunakan untuk jurugambar. Korang boleh menggunakannya untuk menarik perhatian penonton ke bahagian tertentu bingkai, sama ada orang itu, atau titik lenyap di latar belakang bingkai.

 2.  Reflection

Seni atau teknik menggunakan permukaan reflektif untuk menangkap imej yang cantik dan unik. Permukaan yang biasa digunakan untuk fotografi reflektif adalah badan air, tingkap, dan cermin. Menggunakan permukaan reflektif adalah cara yang bagus untuk mencipta imej abstrak.

3.  Rule Of Thirds

Cara yang mudah untuk membantu juru gambar meletakkan gambar dengan panduan titik persilangan yang dikenali sebagai ‘point of interest’ untuk mendapatkan gambar yang seimbang dan menarik.

 4. Framing

‘Framing’ ini adalah pemaparan unsur-unsur visual dalam imej, terutamanya penyusunan subjek berhubung dengan objek lain. ‘Framing’ dapat membuat imej lebih menyenangkan secara estetika dan mengekalkan fokus penonton pada objek berbingkai.

 5. Clean background

 

Dalam fotografi, latar belakang adalah bahagian keseluruhan kejadian. Reka bentuk dan penggunaan yang betul adalah penting untuk kejayaan fotografi. Reka bentuk cuba mengurangkan kekacauan dan gangguan untuk mengelakkan menarik mata dari subjek.

 Ini adalah 5 teknik yang diajar oleh Saiful Nang. Selepas balik dari photohunting, mulalah beberapa perkongsian foto dan kritikan foto melalui Instagram dengan #klphotosunday.

Sesiapa yang hadir pada hari itu, akan diberikan beberapa cenderahati iaitu monopod dan sebuah buku mengenai kamera. Kalau korang tengok baju yang aku pakai itu, baju itu adalah salah satu baju khas untuk team Photosunday.

Beg yang berisi baju Photosunday yang bernilai Rm30

Itu sahaja untuk Kl Photosunday Outing bersama Saiful Nang. Jadi, Sesiapa yang nak join Photosunday atau aktiviti yang dianjurkan oleh Saiful Nang ni korang boleh follow Instagram  Saiful Nang Academyatau ikuti perkembangan Saiful Nang di Fb.

 

sesi gambar beramai-ramai
Gambar bersama Saiful Nang

Beberapa gambar yang diambil oleh man man;








Sekian, Unakenka<3


You May Also Like

0 comments