Running Man Go @ Setiawan, Perak
Hai, Korang!!! Sebut Running Man siapa je yang tak kenal? so, Hari ni aku akan kongsikan sebuah restaurant di Area Sitiawan yang juga merupakan nama Running Man kerana masakan yang dibuat disitu semuanya pernah muncul dirancangan running man sendiri. Jangan risau, masakan disini semuanya halal. Tempat ini popular dengan masakan yang unik, sedap dan rekaan restaurant yang seakan berada di korea sendiri. Siapa yang peminat running man tu, boleh lah try sini!! Tapi sayangnya, restaurant dia dah tutup disebabkan pelbagai isu. I don’t know tapi dengar sahaja cerita bahawa ramai yang banned restaurant ni kononnya tak halal, kos yang terlalu mahal untuk dirikan restaurant, dan pindah tempat. Itu cerita yang aku dengar sahaja, tapi tak ada siapa yang tahu kenapa tutup sampailah sekarang.
So, aku rasa sangat beruntung sebab pernah jejak tempat ni saat sebelum renovate dan selepas renovate. Perbezaan dia sangat besar selepas renovate seperti reka bentuk, warna, harga dan menu. Cakap pasal harga, memang berbeza gila sebab sebelum ini sangat murah tapi tiada banyak pilihan dari yang selepas renovate ini. Walaupun banyak pilihan, harga dia pon boleh tahan mahal dari yang sebelum ini.
Ini adalah gambar sebelum renovate, aku pergi dengan cousin kesayangan aku pada tahun 2018
Ini adalah gambar selepas renovate, aku pergi dengan adik ketiga aku pada tahun 2019
Dan pada hujung tahun 2019, disahkan tutup dan tempat itu
dijual. Sayang sekali, tempat itu ada banyak tarikan pelancong dan penduduk
yang teringin rasai masakan korea. Pekerjanya majoriti orang melayu sendiri.
So, Ini adalah gambar yang sempat aku tangkap sewaktu makan di restaurant
RUNNING MAN GO dahulu;
Gambar pada 2018
waktu ini aku ingat yang aku makan Toppokki dan set Kimbap semuanya dalam Rm80 kebawah tak silap
Gambar Pada 2019
0 comments