Hari Terbuka Armada 2019

by - September 20, 2020

 






Hello Guys, Jadi ini adalah trip dimana aku pergi ke event Hari Terbuka Armada sempena sambutan hari ulang tahun TLDM yang ke 85, pada tanggal 20 dan 21 April 2019 di Lumut, Perak. Aku pergi trip bersama geng ‘CHINCAI’. Kali ni, trip ini bukan dengan group Musketeers aku. Trip ini pon aku ajak baru diorang nak gerak!! Kitaorang dah beli tiket bas awal, jadi tak kalut sangat nanti.

So macam mana aku gerak ke sini…Lets Go, meh aku cerita!!!

 


Jadi, ini muka semua yang tengah kena sidai dengan bas, LOL!!! Sepatutnya, bas ke Lumut akan tiba jam 7: 45 tapi, ini nak dekat 8 lebih masih tak nampak bayang. Ouh kalau ada yang Tanya kami ni dari mana? Kami semua sekarang berada di Seremban, Negeri Sembilan.

Oklah, yang paling aku tak tahan boleh pulak si Wawa ni, bawa makanan banyak macam duduk dalam bas tiga hari dua malam. Katanya, nanti lapar… bukan aku tak bagi tapi berdasarkan pengalaman aku yang selalu naik bas ulang alik ni… aku berani jamin yang makanan itu tak kurang satu pon yang akan sentuh nanti sebab sudah lena. Dan akhirnya, tekaan aku sangatlah betul!

 


Bila dah naik bas, ini muka apabila semua tak sabar nak sampai ke destinasi!

Ketibaan kitaorang di Lumut dalam pukul 2 lebih jugaklah, ambil masa dalam 7 jam macam tu. Cukup puas untuk kitaorang tidur.

Okay, Kitaorang nak tidur mana? Rumah aku ada di area Lumut ni, so yaaa aku ni orang Perak!! Belajar di Seremban sahaja… Malam tu, ada yang lapar cari makan and nasib baik ada lauk kat umah. Bak kata mak aku, kita sedang bersahurrrr sebab jam waktu tu dah pukul 3 like that!! So, lepas makan tentulah tak boleh nak tidur kan? Sebab dah tidur puas dalam bas! Jadi, nak tak nak kena lah tidur jugak…

 

Esoknya, Ready to go!!!

 

Ini gambar yang aku tangkap disana;

 

Malunya kitaorang nak panggil orang yang pakai sut ni nak tangkap gambar sekali.

Laki ni aku tak kenal, tapi disebabkan dia pakai baju tu, so kitaorang minta tangkap gambar sekali!!

Jadi, ini di penghujunng kapal!

Korang boleh nampakkan suasana yang meriah ni dekat bawah macam mana dan berpuluh kapal ada disini!

Jadi, ceritanya budak tu takut dengan hantu valak ni jadi bila nampak kitaorang tangkap gambar dengan gembiranya dia pon tetiba join. p/s: aku tak kenal budak tu, and kenapa dia sibuk dalam gambar aku!!!

Jadi, ini semua geng aku yang join pergi event tu! kecuali hujung sekali sebab dia tetiba sesat kat situ. p/s: itu adik aku-_-


Jadi, bila kitaorang dah bosan tengok kapal, kitaorang gerak Aeon Manjung dan tengok wayang. Kenapalah aku boleh pilih cerita hantu yang tak best?! Rating cerita ni aku bagi 5/10 sebab tak logik. Tapi best sebab kelakar lah jugak…

 


p/s: Maybe, sebab dah tak ada cerita yang best kot...

Just that, itu sahaja cerita aku dengan team CHINCAI ke Hari Navy ni. So, Jangan lupa untuk stay tune for any tips and apa-apa pengalaman yang patut aku share dekat sini!!

 

XOXO, Unakenka <3

You May Also Like

0 comments