Trip Ke Tamarind Square Cyberjaya

by - November 16, 2020

 Hello guys!! so hari ni aku nak cerita apa yang menarik dekat tempat ni. Ada hari tu aku ada join trip kolej untuk pergi tempat ni, so ya agak best lah jugak. Nak tahu apa yang menarik? LETS GO!!!

                                        

So, ini gambar sebelum bergerak naik bas pada pukul 7 lebih macam tu.

Kat sana korang akan nampak banyak sangat tempat instagramable, SUMPAH CANTIK WEYYYY!!!

Ini antara gambar yang aku dengan kawan-kawan aku amik. Tak adalah banyak mana sebab kitaorang penat berjalan. Tempat ni sekali masuk dah boleh sesat bagi sesiapa yang tak pernah masuk macam kitaorang ni lah kan. Gambar yang kitaorang amik ni pon salah satu port tempat yang ramai orang amik. Tempat ini juga sangat sesuai bagi korang yang nak amik gambar wedding, graduation dan sebagainya. 







Cakap pasal makanan pula, banyak yang mahal dan tidak berapa berkenan di tekak aku, tak tahu kenapa and gambar aku dekat bawah ni jangan tanya kenapa aku beli mihun ni ianya nampak sedap tapi hanya orang tertentu sahajalah tahu rasa dia macam mana. Btw aku beli pon sebab aku penat sangat and lapar dan semua kedai dah penuh and kalau nak duduk kena beli makanan. HAHAHAHAH... ha gituw jugaklah salah satu punca kenapa aku makan mihun ni waktu tu!! Cuma nak ingatkan lagi sekali kalau nak makan sini bawak duit lebih! 


Sebenarnya banyak lagi yang menarik tapi disebabkan kitaorang sesat dan ramai orang, kami dah tak fikir pape kecuali cari makanan dan jalan keluar! 


Okaylah bagi korang yang nak makan kat sini, aku dah try cari dekat korang tempat makan yang best dan review dia tiptop, so yaa nah list nya;

1.  Burger & Taco


Kat sini siapa yang nak makan western like burger ke boleh try sini! Setiap hari dari pukul 12 tengahari hingga 3 petang, mereka ada promosi bawah RM19 anda boleh dapat burger 150gram patty daging lembu datang dengan kentang goreng dan air. Kalau tak mahu burger, jangan risau sebab crunchy double beef taco 100 peratus daging asli Australia.

2. NoodleLista


Tempat makan disini sangat instagramable dan menyediakan masakan melayu, dan masakan barat juga. Kebanyakkan harga makanan di kedai ini bawah rm20. 

3. After Seven Lounge

After 7 Lounge ni antara tempat makan yang menarik dekat Cyberjaya. Harga mahal skit dari biasa tapi dapat portion yang memang puas makan. Boleh jamin tak menyesal.

4. Lauk Kampung


Tempat ini sangat sesuai bagi sesiapa yang cari nasi dan lauk pauk untuk dimakan. Semuanya masakan melayu.Lauk pauk mereka sememangnya comfort food. Netizen rata rata mengatakan makanan disini memang sedap, harga yang berpatutan dan sangat asli. Lauk pauk mereka pula memang bermacam macam jenis pilihan rambang mata memilihnya. Selain dari lauk pauk makanan kampung, mereka juga ada pesanan ala carte seperti makanan thai dan goreng dan netizen yang berkunjung juga memuji kualiti makanan mereka.

5. Dokebi Chicken 


Ini khas untuk sesiapa yang nak rasa masakan korean. Sekarang trend ayam goreng disalut sos istimewa dan cheese kan? so yaaa, tempat ini menyediakan makanan macam itu. Bestseller menu di Dokebi ini mestilah Yang Nyeom Sauce chicken with cheese yang datang dalam tiga perisa pada harga RM51.80. cukup untuk 4 orang makan dan banyak lagi menu pilihan mengikut selera tekak pengunjung.

6. Glaze Eatery


Disini pula, menyediakan makanan barat yang sangat lazat. Serendah RM15 korang dah boleh dapat hidangan lengkap. Di Glaze Eatery juga mereka memberikan pelbagai pilihan hidangan Asian, pasta serta wrap and sandwiches dan semuanya berharga bwah RM20 ringgit.

so, itu sahaja untuk hari ini, jangan lupa untuk terus stay tune for next update!!

sekian,  XOXO Unakenka<3

You May Also Like

0 comments