Masuk Percuma Ke Menara Kuala Lumpur
Sudah lama aku tak update berita atau cerita yang menarik dekat blog aku sendiri. So yah, kali ini aku akan cerita pengalaman aku naik ke menara kuala lumpur secara PERCUMA!!! Tapi, kenapa ianya percuma?? Ha, nak tahu cerita dia? Baca cerita aku ini sampai habis tau!!
Untuk dijadikan cerita dalam sekitar bulan Mac tahun 2020 iaitu pada tahun lepas lah kan kita digemparkan dengan berita mengenai covid-19 dan kerajaan mengarahkan kita semua duduk sahaja dirumah. Jadi, ekonomi di Malaysia ni tak stabil. Lagi-lagi bahagian pelancongan kita hampir keseluruhannya bankrup teruk!!! Tiba sahaja bulan 5-7 macam tu, aku tak ingatlah tapi kita diberi kelonggaran untuk melancong tetapi dengan syarat mengikut SOP yang ditetapkan. Memandangkan birthday aku pada bulan 7 aku pon mencarilah suatu tempat yang tengah promo dan kebetulan aku dapat berita yang menara kuala lumpur ada buat masuk secara PERCUMA!!!
Aku apa lagi, ajak lah sesiapa yang nak ikut aku. Yang lain tak berani nak gerak dan ada yang tak ready dan sebagainya alasan lagi kecuali kawan aku seorang ni iaitu Wani. Dia je yang nak teman aku, gerak ke KL!! Ermmm, thanks weyyyyy!!! Kalau tak, aku cadang gerak solo je. Untuk pengetahuan korang, perancangan aku kebanyakkannya mengejut ye! Tak menentu, sebab aku suka ajak hujung minggu ni, esoknya atau hari ni... tapi banyak yang menjadilah, jarang lah una ajak tetiba cancel.
Masuk secara percuma ke Menara Kuala Lumpur ini berlangsung selama bulan 7 tahun 2020 iaitu dari 1 julai 2020 hingga 31 julai 2020. Jadi, kami gerak pada 4 julai 2020 daripada Port Dickson, Negeri Sembilan ke Menara Kuala Lumpur. Perjalanan kami mengambil masa dalam 6 jam jugaklah ke sana. Lagi-lagi kami naik pengangkutan awam, kenalah tunggu lebih lama lagi.
Sepatutnya pukul 7 pagi dah siap gerak ke station bas berdekatan, tapi alangkah malangnya nasib waktu tu terpaksalah bergerak pada pukul 7.30 sebab hujan. Kami naik grab dari rumah gerak ke station bas Port Dickson. Dalam pukul 9 pagi macam tu, bas baru gerak dari Port dickson ke KTM Seremban. Sampai sahaja dekat Ktm Seremban tu, aku tak dibenarkan masuk sebab suhu aku cecah dalam 37.8 macam tu. Jadi, aku panaskan balik badan aku sampai lah suhu aku jadi 36 macam tu. Giler ahhh cuak juga aku waktu tu, Wani dah kata dah kat aku.. "kalau kau kena, aku pon kena jugalah nanti" ahahhahaha boleh pulak dia fikir kena quarantine sama-sama nanti.
Dari Ktm Seremban pulak kami amik train ke KL sentral. Sampai sana dah pukul 12 lebih macam tu. Perjalanan biasa ke KL menggunakan KTM ni dari seremban biasanya 1 jam 30 minit. Sampai sana kami tukar pulak naik LRT Laluan Kelana Jaya ke LRT Klcc dan amik masa dalam 20 minit macam tu.
Dah alang-alang jejak Klcc, apa lagi kami pon berselfie lah dulu dekat sana. Suasana Kat situ agak sibuk juga lah sebab diorang baru nak rasa dunia luar dan banyak sangat promo berlangsung kat sekitar situ. So. yaaa ini dia beberapa gambar yang diambil dekat Klcc.
Selesai sahaja selfie dekat Klcc, masa untuk berjalan ke Menara Kuala Lumpur. Perjalanan sambil berjalan kaki mengambil masa dalam 45 minit dan boleh menyebabkan kepala lutut korang longgar dan ketiak korang berlecak ye guysss!! Tapi yang best bila korang jalan kaki tu, korang boleh nampak suasana KL macam mana, best tau... korang juga boleh tahu selok belok KL dengan lebih mudah!
Sampai sahaja Menara Kuala Lumpur, aku fikir dah sikit orang rupanya beratur dia tu tahap memang kau tak lepas lah kiranya. Dia ada dua bahagian tau kalau nak beratur tu, First dekat bahagian masuk percuma. Bahagian masuk percuma tu dekat bahagian observation desk sahaja rupanya. Dan untuk tempat beratur yang kedua pulak berbayar, yang ni pulak bahagian yang terbuka tu dan juga korang boleh masuk Sky Box!! Nak tunggu lama sangat, jadi aku ambil keputusan untuk masuk yang berbayar punya jerlah.
Korang boleh bayangkan tak? 400 Orang dan aku yang ke berapa pulak? Waktu aku beratur tu pon baru orang yang ke 100 lebih entah-entah aku dapat masuk malam nanti. Aku tak kisah sangat masuk yang berbayar punya ni, sebab dia tengah buat potongan harga sebanyak 50% jadi tiket tu hanya RM36 sahaja weyhhh!!!!! Berbaloi sangat!!! So, aku tak payah beratur dah dan boleh naik Skybox!!!
Korang boleh bayangkan tak? 400 Orang dan aku yang ke berapa pulak? Waktu aku beratur tu pon baru orang yang ke 100 lebih entah-entah aku dapat masuk malam nanti. Aku tak kisah sangat masuk yang berbayar punya ni, sebab dia tengah buat potongan harga sebanyak 50% jadi tiket tu hanya RM36 sahaja weyhhh!!!!! Berbaloi sangat!!! So, aku tak payah beratur dah dan boleh naik Skybox!!!
Selain daripada promosi naik skybox ni, dia juga tengah buat promo zoo, aquaria dan bermacam-macam lagilah tapi yang menarik perhatian aku, menara Kuala Lumpur ni sebab harga dia mahal tau bagi aku seorang student ni jadi, aku takkan lepaskan peluang ni untuk naik ke atas sana, okay?!! Dan ini juga tujuan aku datang ke sini. So, bila sampai atas sana memang selfie habis lah!!! sayangnya, cuaca hari tu baru sahaja lepas habis hujan, jadi tak ada cahaya nur nak tangkap gambar cantik-cantik tauuuu!!!! ishhh, kacau mood betul! Tapi tak pe, ini sahaja gambar yang sempat kitaorang amik!
Okay itu sahaja cerita sepanjang perjalanan trip aku ke menara Kuala Lumpur ni. Ouh tak lupa juga, sekeping gambar printed yang diorang buat RM50. Aku terpaksa beli sekeping sebab nanti dia akan bagi gambar banyak macam gambar kat atas ni dalam bentuk QR Code tau. Haih, aku tak nak pon beli tapi disebabkan banyak gambar cantik dan benda tu kenangan, so aku terpaksa lah beli!! Ermmmm...sis redhooo jap!
Itu sahaja kisah sedih yang ringkas dari saya, jangan lupa untuk stay tuned for next update!!
XOXO, Unakenka<3
Itu sahaja kisah sedih yang ringkas dari saya, jangan lupa untuk stay tuned for next update!!
XOXO, Unakenka<3
0 comments