10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Pejalan Kaki

by - May 15, 2021



'Kuala Lumpur ini besar lah, semua tempat dia jauh-jauh kena naik kenderaan kalau nak ke suatu tempat tu' Wait a minute!!!! Ini aku tak setuju...dengan pengalaman aku sendiri, aku tunjuk dekat korang antara 10 tempat menarik yang korang boleh jalan kaki dekat sekitar Kuala Lumpur selama satu hari.
                                           

Untuk permulaan tempat berjalan, korang boleh turun dekat station LRT Masjid Jamek. Dari situ korang boleh nampak Masjid Jamek. Apa yang aku suka tentang masjid jamek ini, rekaan dia sangat unik. Untuk pengetahuan korang, Masjid Jamek ini adalah masjid yang tertua di Kuala Lumpur. Pihak British membina Masjid Jamek ini berhampiran dengan pusat pentadbiran Bangunan Sultan Abdul Samad supaya dapat memudahkan kakitangan kerajaan yang beragama islam mengerjakan solat lima waktu. 

Seterusnya, lepas sahaja melawat Masjid Jamek korang boleh sahaja menangkap gambar OOTD di River Of Life. Tempat ini sangat cantik pada waktu malam dengan lampu-lampu yang dipasang disekitar situ. Tapi, aku pergi waktu siang jadi tak dapatlah nak bergambar pemandangan dekat sini waktu malam. Apa yang menarik dekat sini, korang boleh tengok air pancut berirama dan katanya bermula pada jam 9.15 malam dan berakhir pada 11.00 malam. Ianya percuma sahaja guys, tak perlu bayar pon. Memang romantik sangat kalau jalan waktu malam ni. Tapi, kalau jalan waktu siang pon cantik dengan kreativiti lukisan yang direka disekeliling bangunan sepanjang jalan disitu.

Selepas sahaja selesai berjalan di River of Life, kita pergi ke Bangunan Sultan Abdul Samad ini pulak. Bangunan ini tak dibenarkan masuk ke dalam kecuali orang tertentu. Kalau nak melawat boleh sahaja tengok kawasan luar bangunan ini. Apa yang menarik mengenai sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad ini, disinilah dimana tempat bendera Union Jack diturunkan dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. 

Kita pergi ke Dataran Merdeka pulak, Kalau korang nak lepak santai-santai boleh lah duduk beriadah sekejap dekat sekitar sini. Selalunya perarakan kemerdekaan akan dilakukan dekat sini. Kalau bukan kemerdekaan, disinilah dimana tempat lepak orang ramai seperti berpicnic, berbasikal, dan bermacam-macam lagi aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga. 

Berhampiran dengan Dataran Merdeka ini, korang akan nampak KL City Gallery. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dekat sini!  Bayaran tiket masuk hanyalah RM10 sahaja. Dekat sini, korang boleh dapat informasi mengenai Kuala Lumpur, percuma Map Kuala Lumpur dan ada kedai cendera hati. 

Jalan depan sikit, korang akan jumpa Perpustakaan Kuala Lumpur. Bagunan dia ala-ala luar negara u ollssss. Si penggemar buku boleh lah singgah sini! Buat study group pon best juga, korang patut singgah masuk sekejap dan rasai dunia buku. Jangan datang untuk berootd sahaja sudah lah😂😂😂

Next, kita akan menuju ke Pasar Seni. Apa yang menarik dekat pasar seni ni? sejujurnya yang membuatkan aku tertarik dekat sini adalah layang-layang kat depan bagunan dia tu je. Tapi bila datang ke situ alang-alang jelajah lah sekali kan apa yang menarik dekat sini...banyak juga barang yang unik dekat sini. Tapi ini tips membeli barang kat pasar seni ni yang aku boleh bagitahu korang, percayalah bahawa harga dia boleh tahan mahal berbanding dekat luar juga. So, kalau nak beli juga, pandai-pandai lah korang tawar menawar. Dekat Pasar seni ni jugalah, berhampiran dengan LRT dan MRT. Kalau nak balik, balik lah sekarang !!! Ha, tunggu apa lagi?! Penat berjalan? Bagi aku belum cukup lagi! Jangan lepaskan peluang korang untuk tengok destinasi seterusnya pulak!!

Selepas sahaja selesai berjalan di Pasar Seni, Kita pergi ke Timothy Cafe. Ini adalah cafe yang korang boleh berootd sambil makan sekejap kalau korang dah penat kan? Tapi, aku datang sini untuk tangkap gambar payung-payung yang terapung dekat atas tu je...Kalau pasal makan kat sini tak silap aku, boleh tahan lah harga dia, serendah rm20 lah jugak. Ha, sebab itulah aku tak makan sini! Jujur pulak aku🤣

Selesai sahaja menangkap gambar payung-payung yang menjadi tarikan aku ni, kita gerak ke Petaling Street atau dikenali sebagai Chinatown. Awas!! Jangan berhenti untuk melihat barang disitu kalau taknak beli, ini pesanan daripada kawan aku. Aku tak ingat sebab apa dia kata macam tu... Tapi apa yang menarik dekat sini, korang boleh tengok barang-barang macam dekat pasar malam. Berbaloi lah juga harga dia kalau beli kat sini. 

Okay, Ini adalah perhentian terakhir kita iaitu Kwai Chai Hong. Ha, sediakan kamera korang sebab dekat sini lah dimana telefon korang akan dipenuhi dengan gambar OOTD yang menarik. Tempat yang digilai orang kerana terdapat spot-spot instagramble gituwwww. 

So. ini sahaja tempat menarik di Kuala Lumpur yang korang boleh jalan menggunakan kaki sahaja. Jangan lupa share pada kawan korang!! Boleh ajak diorang pergi juga nanti! 

p/s:  Peringatan sebelum pergi, pastikan kaki anda rehat secukupnya!! 

Sekian, XOXO Unakenka<3





You May Also Like

0 comments