Review Platinum Suites KLCC
Kalau nak cari staycation yang menarik dekat KL mesti ramai nak cari yang boleh nampak pemandangan KLCC, ada swimming pool, harga pon berbaloi...kan? Ha, ini dia salah satu tempat yang aku pernah menetap semalam yang mempunyai ciri-ciri yang korang cari. Korang nak tahu tak apa yang menarik dekat sini? Baca sampai habis!
Harga untuk semalam hanyalah rm200+ sahaja memang sesuai dengan lokasi tempat itu, dan juga bilik yang diberi. Bilik ini muat dalam 5-7 orang, so kalau korang nak ajak family atau kawan-kawan untuk menetap dekat sini memang sangat sesuai sekali. Jom kita tengok bilik dia macam mana!
Ini gambar ruang tamu , dekat ruang tamu ada disediakan dapur untuk korang masak benda ringan sahaja seperti mie segera. Tak lupa juga ada sediakan peti ais, oven dan mesin basuh. Jangan risau kelengkapan lain seperti pinggan, mangkuk, sudu, cawan, televisyen dan wifi juga ada disediakan disitu. Mereka juga menyediakan sebuah tilam yang diletakkan di ruang tamu itu jika ingin menggunakannya. Manalah tahu family ramai, adalah seorang dua tidur dekat ruang tamu tu kan.
Dari dalam gambar ni, korang boleh nampak terdapat dua bilik, iaitu satu bilik khas yang memang bilik utama bahagian depan sekali dan juga bilik kedua di sebelah satu lagi.
Ini adalah bilik utama iaitu bilik khas. Apa yang istimewanya bilik ni... dia bersambung dengan bilik air. Katil saiz king dan ada menyediakan meja khas untuk orang yang bekerja sambil melihat pemandangan ke arah luar tingkap.
Ini adalah reka bentuk laluan khas untuk ke bilik air yang dicantumkan pada bilik utama tu. Dekat sini ada sediakan iron board dan juga iron. Para wanita semua, sudah tidak perlu risau tudung kedut ye!
😂😂😂
Ha, ini lah bilik air yang bercantum dengan bilik utama tu dan juga ini adalah bilik air favourite aku! ada TUB WEYHHHH!!!! aku paling suka berendam dalam tub lama-lama au, feeling mat salleh gituw u ollsss...Aku siap pasang lagu dan tengok movie lagi. Ada plug untuk korang caj dalam bilik air tu juga tau!
Okay, Next! ini adalah bilik kedua, dia tak bercantum dengan bilik air tapi bilik air tu sebelah-sebelah je. Bilik air dia tak ada tub, biasa-biasa je.
Ha, ini dia bilik kedua. Katil dia saiz queen, boleh tahan besar lah juga. Malam-malam tu, aku sarankan tutup semua lampu dan biarkan langsir terbuka sumpah cantik gila weyhhh pemandangan dia!!! Memang buatkan korang tak nak tidur dan menikmati keindahan waktu malam....feeling duk dekat New York ha!!!!
Selesai sahaja kita tengok bilik dia, kita tengok bahagian kolam pulak, Lets GO!!!
Pemandangan dari sini waktu pagi dan malam sangatlah berbeza ye guys!!! Aku bercadang dekat korang mandilah waktu malam, waktu tu dia buka semua lampu, wuishhh memang cantik!!! Tapi, waktu malam tu lah selalunya penuh! Kolam dia, buka pada pukul 7/9 pagi tak silap sehingga pukul 9/10 malam. Kalau korang nak mandi, pastikan bawak baju berenang sebab dia tak bagi pakai tshirt biasa macam tu. Ini tips yang aku selalu guna kalau nak mandi kolam dekat tempat berenang yang ada peraturan macam ni, aku always bawa seluar tat hitam, tudung sarung hitam dan baju blouse yang kain dia lincin..janganlah nampak macam gi kenduri tapi baju yang macam nampak itu adalah baju renang😂 Settle!!! dia tak banyak tanya dan bagi sahaja kau mandi sebab dia akan fikir itu baju renang. Untuk kolam budak pon ada, jangan risau! yang ada anak kecil atau adik-adik yang tak cukup umur lagi boleh mandi dekat situ.
Macam mana nak book? Korang boleh survey tempat ni dekat booking, agoda dan airbnb! Lagi-lagi waktu pandemic macam ni, lagi ada banyak harga yang boleh korang dapat serendah rm150+ !!! Selamat Bercuti!
Sekian, XOXO Unakenka<3
Sekian, XOXO Unakenka<3
0 comments