Cara Mudah Buat Resume Simple Dan Kreatif
Ramai pelajar lepasan sekolah tak kisahlah SPM ke, Diploma ke, atau Degree kebanyakkannya ramai lagi yang tak tahu macam mana nak buat resume atau lebih tepat tidak tahu format resume yang sebenar. Disini aku boleh tunjuk dekat korang cara mudah dan cepat untuk korang buat resume tapi hasilnya pasti cantik dan wow gituwww!!!
Resume ini bukan sahaja untuk orang yang nak cari kerja tapi boleh juga guna kalau nak sambung belajar nanti. Sebelum aku terangkan cara membuat resume, korang patut kenal pasti dulu perbezaan antara resume dan cv. Kadang satu syarikat tu minta cv dan bukannya resume. Tak sama ye guys!!! Kalau nak tahu perbezaan antara resume dan cv, korang kena tunggu next update, okay?!
1. Gambar berukuran passport (pastikan gambar formal dan jelas)
2. Contact ( Nama, Alamat, No. Telefon, Emel)
3. Tahap Pendidikan
4. Pengalaman Kerja
5. Skill
Okay, jom kita tengok cara pertama untuk korang buat resume ni. Zaman sekarang adalah zaman teknologi jadi, semuanya buat dengan mudah sangat. Untuk create resume memang banyak sangat aplikasi yang dah siap template khas untuk korang dan cuma korang perlu masukkan sahaja isi dalam dia. Contoh aplikasi yang amat mudah bagi aku, korang boleh buka canva.
And then, korang boleh search 'resume' nanti akan terpapar banyak jenis resume yang korang nak create untuk apa. Pilih jenis resume yang korang nak dan untuk nampak lebih bagus kalau nak hantar kat suatu syarikat tu, aku sarankan amik 'Professional resume'.
0 comments