Review Klana Resort Seremban

by - May 14, 2021




Dengar sahaja promosi berdekatan dengan aku, akulah orang pertama sekali yang teruja. Lagi-lagi mengenai tempat yang menarik ataupun staycation yang tengah buat promo kaw kaw!!! Ini adalah salah satu Resort yang menarik dan tengah buat promo sehingga 30 Jun 2020 sahaja!!! 


                                       


Harga sebuah bilik RM90 sahaja!!! Memang berbaloi...jadi aku pon ajak lah geng 'Chincai' untuk join trip kali ni! Harga sebilik RM 90 untuk semalam. Kitaorang pon nak try lah duk semalam sahaja, nak buat apa duk lama-lama kat situ, sekadar melepaskan ketenangan sementara pon jadi lah! 


Okay, apa yang menariknya bila korang menetap dekat sini, paling aku puas hati bilik dia lah memang aku kasi 9/10. kenapa bukan 10/10? ha, cerita dia macam ni... aku fikir aku akan dapat satu katil queen sahaja tapi, hakikatnya aku dapat dua katil queen!!! memang lembut dan sangat selesa lah dan sesuai untuk kitaorang berempat ni. 

                                       

Bilik air dia pulak korang jangan cakap!!! memang best gilerrr sebab besar tauuu tapi tak ada tub lah cuma bagus sebab besar nampaklah macam mewah sikit. 

Paling aku suka, ada netflix guyssss!!! wuishhh memang kitaorang dalam bilik tak nak keluar sebab layan netflix je tau! Ouh sebelum aku terlupa, aku tak bagi 10/10 sebab water heater dia rosak dan menyebabkan satu bilik aku tak ada elektrik. itu sahaja tapi servis dia bagus. Orang dia pantas buat kerja dan sangat peramah!!! 


Facilities apa yang ada kat dalam bilik tu? Kat sini, ada peti ais tapi peti ais dia tak ada function sangat so korang janganlah nak berharap letak air dalam peti ais tu dan boleh sejuk. Aktiviti yang korang boleh main pulak kat situ, banyak sangat dan boleh tahan menarik juga lah. Ada extreme ride, giant chess, giant sneak& leader, bicycle ride, flying fox, high ropes dan banyak lagi. Tapi kebanyakkannya berbayar lah. Aku tak ingat sangat berapa tapi aku main yang free je. Hahahahahah!!! lol jujur sangat aku ni! 

                                          

                                         

Untuk tempat makan pulak, dia ada dua tempat. satu yang berada dekat atas dan menyediakan makanan-makanan melayu dan satu ditingkat bawah yang menyediakan makanan jepun, yang pastinya halal! korang jangan risau ye. Bagi tempat makan diorang ni aku bagi dalam 5/10 sebab harga dia boleh tahan, kurang ditekak, dan juga makanan dia bagi tu tak cukup kenyang untuk perut aku. Sorry to say, jadi kitaorang try je dua tempat ni sebab nak nilai sendiri kan macam mana. akhirnya, malam tu juga kami keluar membeli makanan yang dijual di kedai berhampiran situ. 

Kedudukan resort dengan kedai berhampiran memang jauh gila, so nak tak nak kena gerak naik motor juga. Esoknya, cuaca agak baik sedikit pagi tu, jadi apa lagi!!! kami terjun lah kolam, kolam dia agak dalam jugalah guys. Korang boleh bayangkan tak? tinggi aku 169cm air tu paras leher aku. Kawan aku yang lain kena jengket lah jawabnya!!

Sebelum berangkat gerak balik, kami selfie kenangan dulu dekat tempat ni. So, yahhhh ini dia gambar-gambar yang kami ambil sepanjang berada dekat tempat tu.











So, korang yang nak try semalam dekat sini pon sangat dialu-alukan...sekarang ni pon dia tengah buat promosi lagi sempena raya ni. Macam mana nak booking? Korang boleh pergi ke website diorang Klana Resort Seremban dekat situ ada promo bilik yang diorang buat dan klik sahaja ' online reservation' atau hubungi 06-766 7888 untuk lebih lanjut!!! 



Selamat Hari Raya dan jangan lupa untuk stay tuned for next update!!!

XOXO, Unakenka<3


You May Also Like

0 comments