Windows
10 yang terbaru akan membuatkan komputer menjadi lambat. Sebenarnya ramai yang
kata masalah ini terjadi sebab kita update kepada yang latest. Kita update
sahaja yang terbaru sudah mengambil dalam sekitar 5gb tetapi itu bukan menjadi
masalahnya. Yang menjadi masalah adalah file kita yang lama tidak dapat nak
tampung file yang memungkinkan mengambil lebih daripada 30gb. Jumlah penggunaan
ruang boleh meningkat menjadi 40gb semasa dan selepas kemas kini. Ini adalah
cara bagaimana kita nak lajukan komputer kita yang telah di kemas kini.
1. Run
disk clean up
Masalah
yang terjadi apabila hard disk kita kekurangan ruang untuk menyimpan maklumat
lagi dan oleh sebab itu, komputer kita boleh menjadi lambat. Ini cara yang
korang boleh guna untuk bersihkan hard disk korang balik.
1. Korang search ‘windows administrative tools’ dekat tempat search komputer korang tu. |
Add caption |
2. Dia akan terus masuk satu file ni. Dan korang klik pada ‘Disk clean up’.
|
3. Korang boleh pilih nak bersihkan yang mana. Contoh dekat sini aku bersihkan windows (C: ), jangan risau yang benda penting dia tak akan usik. Lepas dah pilih yang mana, korang tekan ‘ok’.
|
P/s; jangan lupa untuk simpan semua file korang yang berada di atas ni kedalam disk korang macam dekat bawah ni. Ha simpan kat dalam ni supaya bila terjadi pape seperti komputer korang rosak ke tiba2 sekurangnya file korang tak akan hilang.
2. Uninstall
Aplikasi yang korang install dalam komputer korang jugak
boleh jadi berat. Jangan korang ingat lepas korang tekan je delete dekat
aplikasi tu benda itu tak akan ada dalam komputer korang. Sebenarnya benda ni
boleh jadi. Ini cara yang betul korang nak uninstall aplikasi yang tak berguna
dan juga boleh beratkan korang punya komputer.
1. Pergi ke ‘setting’ yang ada lambang macam gear ni dekat 'start'
2. Klik pada ‘system’
3. Klik pada ‘storage’
4. Korang sendiri boleh nampak dekat sini berapa banyak storage yang korang dah guna. Okay, seterusnya untuk buang aplikasi, korang klik pada ‘apps & features’.
5. ia akan keluar paparan macam ni, dan cari aplikasi yang korang nak buang. Pastikan jangan sentuh driver lain. Seperti java, Microsoft dan sebagainya sebab nanti kalau korang uninstall benda2 yang macam tu komputer korang tak dapat berjalan dengan baik contohnya, Bluetooth korang dah tak ada, sound korang dah tak ada... ha macam tu lah. Jadi aku sarankan korang just uninstall aplikasi yang korang tahu sahaja macam whatsapp ke? Instagram ke? Game ke? Ha macam tu lah.
6. Contoh dekat sini, aku nak uninstall aplikasi ‘leonflix’ . aplikasi ini untuk tengok movie. So kalau nak uninstall just klik uninstall. Kalau lepas tekan uninstall tu, nanti dia akan tanya yes or no. korang just tekan yes dan done. Korang dah siap uninstall.
3. Periksa hard disk jika ada
error
Bila korang dah kemas kini
semua, untuk pastikan tiada sebarang kerosakkan yang terdapat pada komputer
korang dan sebagainya korang boleh lakukan cara ni. Cara ni juga sesuai untuk
sesiapa yang nak periksa sama ada komputer korang tu tak ada pape masalah ke
waalupon korang punya komputer tak dikemas kini lagi. Dekat sini ada 2 cara
iaitu cara manual dan cara command. Aku lebih prefer cara command tapi sesiapa
yang tak tahu guna boleh sahaja cara manual.
Cara manual;
1. Klik kanan pada tetikus korang dekat windows (c: ) dan klik
‘properties’
2. Dia akan keluar paparan seperti ini jika korang klik pada ‘tools’. Dan klik ‘check’.
3. Seterusnya, korang boleh klik pada ‘scan drive’
4. Tunggu sampai dia dah scan. Dia akan mengambil masa yang
lama lah jugak. Sebab itulah aku lebih suka guna cara command.
5. Okay, bila dah selesai check dia akan bagitahu apa yang
error dia komputer korang. Jadi setakat ni tak ada apa-apa error lah dekat
komputer aku sebab aku selalu check. So, jika korang tak ada masa nak check
komputer korang atau nak lakukannya secara auto nanti aku akan tunjukkan
caranya.
Cara command;
1. korang buka ‘cmd’ kalau tak tahu nak buka macam
mana...korang just search je kat tempat search pada komputer korang dan taip
‘cmd’
2. Korang taip chkdsk c:/f
dan dia akan paparkan masalah komputer korang.
4. Membuat check komputer secara auto
1. Seperti yang dijanjikan, korang buat macam tadi yang secara
manual itu, pergi ke windows (C: ) dan klik kanan pada tetikus korang dan klik
‘propoties’ , korang akan jumpa seperti di atas ini. Kali ini korang tak perlu klik
‘check’. Korang just klik pada ‘optimize’.
2. nanti dia akan keluar paparan seperti di atas. Klik ‘change
settings’.
3. Korang boleh pilih korang nak buat setiap minggu, setiap
bulan atau setiap hari. Better setiap minggu, tetapi kalau yang selalu buka
komputer korang disarankan setiap hari. Okay Done!
Ini
sahaja cara untuk membuatkan komputer korang lebih pantas selepas diupdate! Selamat Mencuba!!!
Sekian,
XOXO Unakenka<3