Perbezaan Antara Resume Dan CV

by - June 02, 2021

Hari itu, aku ada share macam mana nak buat resume mudah dan kreatif. So, aku ada janji dekat korang yang aku akan terangkan perbezaan antara resume dan cv ni. Ermmm...berbeza ke? Tengok macam sama je? Ye, memang berbeza sebenarnya dulu pon aku tak tahu sampailah satu tahap tu, aku diberitahu oleh salah seorang HR dari sebuah syarikat ni. Dia kata dekat aku, “Boleh hantar CV awak, resume pon saya nak” Aku dah macam tercenggang jap and be like, CV??? Apa tu CV??? Aku tahu resume je! Memang hari tu juga aku buat research tentang benda ni!!

CV adalah singkatan kepada Curriculum Vitae

Okay lets me explain, perbezaan antara CV dan Resume ni Okay Lets GO!!!

Cv ni, maklumat yang diperlukan mestilah lengkap seperti pengalaman, kelayakan dan lain-lain maklumat. Manakala, Resume pula perlu ditulis dengan ringkas dan korang hanya perlu letak perkara yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon sahaja.

CV ini kebiasaannya orang akan tulis 2-3 muka surat. Panjangkan? Dah macam tulis karangan. Kalau resume pula,menggunakan 1-2 muka surat sahaja dan tidak boleh lebih


Apa yang perlu ada pada CV? 

Hari tu kita ada terangkan mengenai apa yang perlu ada pada resume kan? So sekarang ni kita terangkan apa yang perlu ada pada CV pulak.

Maklumat diri termasuk nama, telefon dan alamat emel

Menyatakan objektif kerjaya

Pengalaman kerja termasuk tugas dan tanggungjawab berkaitan jawatan 

Pendidikan

Kemahiran yang korang ada berkaitan jawatan dipohon

Bahagian tambahan, termasuk hobi dan minat


Ini adalah contoh CV yang terbaik yang korang boleh dijadikan rujukan:





Ini tips menulis CV yang baik. Korang boleh guna tips ni untuk memperbaiki penulisan CV dan format korang:

Font dan warna: Gunakan Font yang boleh dibaca selalunya font arial, calibri dan open sans menjadi pilihan orang ramai. GUnakan juga saiz 10 sehingga 12 sahaja. Untuk buat tajuk disarankan menggunakan saiz 14 hingga 16. Warna pastikan boleh dibaca contohnya hitam. Selalunya, kalau formal memang warna hitam pon.

Format: Selaras dengan penggunaan huruf miring,tebal, senarai butir dan gaya fon. Gunakan margin paling maximum 1.5

Struktur: Buat susunan mengikut urutan kronologi terbalik yang membolehkan majikan dapat lihat perkara pertama sekali yang dibaca.

Kandungan: Jadikan penulisan korang ringkas dan padat. Tak nampak macam karangan sangat. Gunakan kata kerja yang sesuai. Sebelum korang menghantar, jangan lupa untuk membaca dan menyemak semula CV korang.

Verbe tense: ini untuk yang gunakan Bahasa Ingeriss sebagai Bahasa utama dalam CV korang. Gunakan Present tense untuk pekerjaan semasa dan past tense untuk pekerjaaan sebelumnya.

Sekian, itu sahaja tips mengenai perbezaan anatara CV dan resume. Tidak lupa juga, aku selitkan sekali macam mana nak buat CV. So, bagi yang tengah nak cari job tu, I wish goodluck!!! 


Sekian, XOXO Unakenka<3


You May Also Like

0 comments