Pengalaman Membuat Projek Tahun Akhir
Cerita pasal projek tahun akhir sahaja buatkan aku teringat waktu aku study last year diploma tahun lepas. Ya ampun!!! rasa macam nak pecah otak dan muka tak cukup tidur. Okay meh dengar sini! Ini pengalaman aku waktu nak siapkan projek tahun akhir yang diberi masa selama setahun.
Tahun last year aku belajar jatuh pada tahun 2020 iaitu pada tahun lepas, Paling parah bila time tu pulak LOCKDOWN!!! Aku dah macam, 'Omaigoddddd macam mana nak buat projek tahun akhir sama-sama ni!'. Dalam kelas aku ada 18 orang, Jadinya satu kumpulan ada tiga orang ahli kumpulan. Group aku macam biasa, tak pernah berubah always bersama dengan team Musketeers. Dalam dua minggu jugaklah fikir nak buat apa untuk projek tahun akhir ni.
Sebelum aku bagitahu korang, aku buat apa untuk projek tahun akhir ni biar aku terangkan dulu. Aku ada tinggal lagi 2 semester sebelum OJT iaitu semester tiga dan semester empat. Pada semester tiga, penyelia projek tahun akhir aku ialah Cikgu Azlia dan pada semester empat kitaorang dengan Cikgu Azalia pulak. Jangan confius walaupon namanya seakan sama ye! Setiap kumpulan mendapat cikgu lain-lain. Waktu semester tiga seorang penyelia dapat tiga kumpulan dan waktu semester empat ni pulak satu kumpulan satu penyelia. Korang faham tak? Haa... kalau korang tak faham, buat-buat faham lah ye.
Jadi, nak dijadikan cerita pada semester tiga kitaorang bercadang untuk buat projek tahun akhir mengenai laman web yang boleh dijadikan rujukan pelajar mengenai masalah komputer atau pembelajaran yang ada dalam modul. Jadi, kalau diorang nak buat research senang sebab semua lengkap dalam laman web itu. Waktu sepanjang lockdown tu, aku strugle lah buat research macam mana nak buat Laporan projek tahun akhir ni dan juga dapatkan tunjuk ajar dari cikgu Azlia, aku pon bahagikan tugas masing-masing siapa buat objektif, kepentingan dan macam-macam lagi sehinggalah bab tiga. Laporan projek tahun akhir sampai bab lima tau. Tapi, untuk semester tiga dia akan semak dan catit markah sampai bab tiga sahaja. Bulan lima atau enam tak ingat lah, waktu tu kolej dah dibuka semula. Buka je kolej diberi masa seminggu sahaja prepare untuk presentation sampai bab tiga ni. Disebabkan kumpulan aku ni, rajin bertanya dekat cikgu jadi, cikgu letakkan kitaorang last sekali presentation. Tapi itupon cikgu malas nak tengok presentation kitaorang sebab cikgu boleh hafal isi semua dalam tu. HAHAHAHA... So, tips dekat sini aku bagitahu korang lah kan, banyakkan bertanya tau sehingga cikgu kata, "Asyik muka korang je yang tanya".
Naik semester empat pulak, Kitoarang bertukar cikgu. Idea yang kitaorang buat pada semester tiga perlu ditambah baik. Cikgu kata, laman web terlampau simple dan mudah. Maka tercetuslah projek baharu iaitu kitorang kena bina CD Interaktif pulak untuk pelajar. Bukan apa, Bab sebelum ni dah settle mengenai laman web tapi bila cikgu suruh tukar projek semuanya kena ubah. Ermmmm, perit juga lah weyyyyyy!!! Sebab bab satu sehingga bab tiga yang sebelum ni dah settle!! Terpaksa kena tukar semuanyaaaaa... Aku pon dengan redho buat lsahajalah. Dalam sekitar bulan 11 macam tu, ada PKP balik dan kolej pon tutup. Kali ni, PKP bukan dirumah masing-masing. Hanya aku dan lagi sorang kawan aku sahaja berada dirumah sewa. Haaaaa Bab ni, memang korang jangan jadikan contoh. Nak tahu sebab apa aku kata macam ni? Nak dijadikan cerita pulak, disebabkan cuti jadi kitaorang tak buat assignment langsung!!! Cikgu minta tahun depan, makanya akan kubuat tahun hadapan juga. Disebabkan penyesalan ini, aku dah taubat dah tak nak buat cam ni dah lepas ni, sumpah menyesal!! Assingment menggunung weyhhhh!!! Banyakkkkkk and then yang paling parah lagi, bila Projek tahun Akhir tak buat langsung!!! Nampak tak? Contoh yang tidak baik disini ye, jadi jangan ikut ye!!
Disebabkan sikap sambil lewa kitaorang, maka bab satu sehingga bab lima tidak buat langsung serta projek tahun akhir. Pejam celik, pejam celik hari raya sudah tiba...~~~ haaa.... kali ni bukan hari raya lahhh... tapi, hari buka kolej sudah tiba! Minggu pertama tu juga bila cikgu tanya dah sampai mana buat? Dengan itu kami dimarahi ye...ermmmm kami hanya tunjuk projek lama punya sahaja. Nasib baik cikgu tak marah, dia masih sabar dan baiki apa yang patut pada laporan kami. Tapi, kami masih dengan sikap sambil lewa...and then dengan tak bertanya nya, tiba-tiba hari presentation nak dekat!!! Weyhhh gelabah kitaorang. Maka disitulah permulaan dimana,kami start struggle buat kerja and tak tido, tak makan sangat and jarang mandi!! Tapi Cuma kami buat benda penting sahaja seperti buat perkara wajib iaitu solat dan membuang hajat.
Bila kami dah struggle sebulan tak tido sangat, tahu-tahu dah lebih 300 pages weyhhh!!! Aku pon terfikir pasal duit print lagi, and yang belum siap semak lagi ntah berapa helai kena reject lah. Bila harinya sudah tiba maka, masa untuk cikgu menyemak page by page. Sumpah kena reject teruk 300 pages tu!! Sakit weyhhh menangis kitaorang, ini belum cerita part dimana member aku buat bahagian dia and hilang data. Habis ah kitaorang!!! Aku pon kena tolong dia juga sebab bahagian dia paling banyak. Nasib baik bahagian aku, dah settle awal. Memang menangis kitaorang sambil buat kerja weyhhh!!! Sumpah stress dia tak boleh bawa bincang! Kalah orang bercinta tau... Cikgu melihat kitaorang struggle macam ni, tak siap-siap laporan lagi, jadi cikgu pon ajar kitaorang format, cara susunan , betulkan ayat lagi. Cikgu pernah tanya kitaorang, dia bagi kitaorang dua pilihan iaitu yang pertama nak sekadar lulus ke? Kalau lulus tak payah atur pape just hantar je yang sedia ada. Dan pilihan yang kedua, nak buat sampai boleh guna untuk masa hadapan ke? Kalau nak guna pilihan kedua, terima reject dan buat baru. Memang parah buat pilihan macam ni. Dalam hati aku, aku dah pilih pilihan pertama. Semua geng aku dah pandang aku dah, tanda mereka mengikut pilihan aku. Disebabkan aku ketua jadi bila jadi macam ni, diorang akan ikut je. Pilihan aku, aku pilih pilihan kedua. Orang kata, kalau gagal itu adalah proses pembelajaran. Jadi, kalau ikut hati mati sebab tu aku menggunkan akal dengan sebaiknya dengan membuat pilihan kedua.
Jadi, Cikgu reject laporan kitaorang yang 300 pages and then kitaorang belajar lebih masa. Maksudnya, semua dah balik ke rumah masing-masing tapi kumpulan kitaorang sahaja yang masih stay dengan cikgu kat sekolah sampai pukul 5 lebih macam tu. Jadi, nak berjaya kenalah korbankan masa yang ada. Kitaorang dah tak fikir rehat waktu tu, Cuma fikir nak dapat A+ sahaja dalam kepala otak ni. Memang susah nak target tinggi, tapi itu yang kitaorang nak! Hari makin hari, projek, laporan dan juga slide presentation pon settle. Rasa lapang dan puas hati sangat!!! Rasa macam usaha yang buat selama ni, memang berbaloi! Kitaorang tak tahu result kitaorang lagi, tapi apa yang kitaorang belajar daripada cikgu benda baharu membuahkan hasil sangat. Selama ni, aku tak tahu benda-benda basic pon mengenai microsoft word, project dan excel. Tak lupa juga, cara menulis laporan dengan betul dan cara yang cikgu ajarkan ini taraf degree. Apa yang cikgu ajarkan buatkan aku masih ingat sampai sekarang. TERIMA KASIH CIKGU!!! Pengalaman ni, adalah pengalaman yang bermakna buat aku dan juga sepanjang aku belajar disini. Memori inilah yang paling aku suka sekali.
Nasihat aku buat korang yang nak buat Projek Tahun Akhir, Mintalah tunjuk ajar cikgu korang, tak perlu malu dan rajin bertanya! Jangan menangguh kerja, bahagikan masa sebaiknya dan cukupkan tidur korang!!! Tidur itu penting...kalau tak, korang tak akan dapat ilham dan banyak kesalahan yang korang tak sedar waktu korang buat sewaktu tengah separa sedar. Kalau cikgu korang tak ajar atau cikgu tu tak berapa jelas cara pembelajaran dia, korang cari cara juga untuk ada mentor untuk guide korang dengan baik. Aku harap korang berjaya dunia dan akhirat!!!
Sekian, XOXO Unakenka<3
0 comments